Sunday, April 06, 2014

MH370: Apa Kah Kotak Hitam Dapat Merungkai?

Laluan Imejinasi MH370
Melihat cara pesawat MH370 hilang, namapkanya Kotak Hitam pesawat itu hanya memberi maklumat bahawa pesawat terhempas atas sebab kehabisan minyak.

Bila diperhatikan apabila pesawat itu hilang pada radar jam 1.19 pagi 8 Mac selepas berlepas pada 12.41 pagi daripada KLIA laluan Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru berpatah balik, lalu terbang melepasi limit-45,000 kaki atas permukaan laut, kemudian turun ke paras 23,000 sambil mengarah ke utara Pulau Pinang, kemudian terbang rendah selepas itu berpusing ke arah selatan di hujung Pulau Sumatera, memang bertujuan untuk mengelak radar.

Pilihan terbang ke selatan, atas sebab kawasan itu adalah kawasan laut, dan tiada radar darat. Kalau lah benar, pulse yang dikesan pasukan China dan Australia, di lokasi 1,100 km Barat Laut Perth, maka pesawat itu memang secara sengaja di terbangkan ke lokasi itu. Apa kah tujuannya? Ini yang menyebabkan kehilangan pesawat MH370 merupakan misteri penerbangan abad ini.

No comments:

Blog Archive