Untuk memperlihatkan kerajaan Najib lemah, maka berlakulah dua tindakan yang mencerminkan kelemahan kerajaan. Pertama kehilangan pesawat MH370 dan kedua penculikan di Semporna. Sehingga kini, kedua-kuda kejadian itu belum terselesaikan.
Untuk operasi mencari MH370, nampaknya hanya China yang beria-ia sangat; sebelumnya Vietnam. Manakala Amerika, macam seperti melepaskan batuk di tangga.
Pada Khamis, Anwar membidas kerajaan, dengan mengatakan selain menyembunyikan banyak perakara, kemungkin ada tangan ghaib daripada Kerajaan terlibat kehilangan MH370. Satu tuduhan yang mempunyai erti tersirat, bahawa kerajaan Najib terlibat. Tujuan tuduhan ini, adalah bermatalamat politik, agar supaya rakyat kehilangan keyakinan kepada kerajaan yang dipimpin Najib.
Kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke-31. Satu-satunya harapan adalah menjumpai Kotak Hitam pesawat malang itu. Namun waktu tidak menyebelahi pasukan pencari yang dikoordinasi Australia. Bateri pada dua Kotak Hitam secara teorinya sudah luput, meskipun ada kemungkinan boleh bertahan beberapa hari lagi.
Signal daripada Kotak Hitam yang diumumkan semalam, berhenti memberi pancaran. Atas sebab itu, usaha mengunakan Underwater vehicle untuk tugas pemetaan dasar laut, menentukan lokasi bangkai pesawat masih belum boleh dijalankan, atas sebab jika ia dilakukan akan memerlukan masa yang panjang atas sebab, tanpa lokasi yang tepat, maka terlalu sukar bagi usaha itu, atas sebab kelajuan kapal yang membawa UWV terlalu perlahan.
1 comment:
Najib masih mendapat sokongan 80% ahli UMNO. Kejadian seperti mh370 sukar diramal. Contohnya, kita tidak akan tahu apa malapetaka yang akan menimpa minggu hadapan. Kerajaan Malaysia sudah melakukan yang terbaik. Bayangkan, negara sekecil Malaysia, boleh menduduki tangga ke 24 perdagangan dunia.
Post a Comment