Wednesday, March 05, 2014

PRK Kajang: Peluang BN Bergantung Sodomi II?

Anwar mula kepanasan. Semalam, Ketua Pembangkang itu mendakwa, bahawa BN mempergunakan mahkamah untuk menghalangnya memenangi PRK Kajang. Anwar menantisipasi bahawa beliau akan kalah dalam rayuan sodomi II.

Pada Januari 2013, Anwar dibebaskan secara teknikal bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan Bukhari; namun pihak pendakwaraya memohon rayuan di mahkamh rayuan atas keputusan mahkamah tinggi itu.

Peguam negara telah melantik Peguam Terkenal Tan Sri Muhammad Shaffee Abdullah bagi mengetuai rayuan. Sehubungan perlantikan Shaffee itu, Anwar telah memohon sehingga 3 kali untuk menggugurkan peguam itu daripada mengetuai pasukan pendakwaraya; namun semua permohonan Anwar itu gagal.

Rayuan sodomi II sepatutnya bermula awal Februari, namun ditangguhkan pada 6-7 Mac, iaitu esok.

Jika Anwar didapati bersalah, maka beliau tidak boleh menjadi calon PRK Kajang; ertinya Langkah Kajang yang dirancangnya tidak akan menjadi.

Pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan Dun Kajang semata-mata memberi peluang kepada Anwar untuk bertanding. Jika menang, Ketua Pembangkang itu akan mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor, untuk beliau ambil alih. Kemudian, beliau akan mengosongkan jawatan itu agar supaya Azmin Ali blueboynya mengambil alih pula.

Selain keputusan sodomi II, Anwar juga melalui laluan sukar bagi memenangi PRK itu, walaupun di atas kertas adalah mudah bagi beliau mempertahankan kerusi itu. Faktor yang boleh menghalang kemenangan Anwar selain sabotej penyokong Azmin Ali juga sabotej penyokong Khalid Ibrahim. Pertimbangan penyokong Azmin, jika calon PKR menang dengan majoriti tinggi, maka Khalid akan mendapat nama dan merit, atas sebab Khalid adalah Pengarah Pilihanraya itu; bagi penyokong Khalid pula, jika Anwar menang, maka Khalid akan kehilangan jawatan.

No comments:

Blog Archive