Tuesday, March 04, 2014

PRK Kajang: Anwar Guna Untuk Perisai Liwatnya: Zaid Ibrahim

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim yang akan bertanding sebagai calon bebas bagi PRK Kajang berkata, tujuan Langkah Kajang Anwar adalah untuk dijadikan perisai bagi Ketua Pembangkang itu sekiranya didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Kes Liwat II Anwar akan didengar pada 6-7 Mac, di mana Pendakwaan diketuai oleh Peguam Terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; sementara Anwar diketuai oleh Pengerusi DAP Karpal Singh. Jika Anwar didapati salah, hukuman penjara sedang menunggu bersama sebatan.

Melalui PRK Kajang, jika Anwar menang, maka beliau akan mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakan jawatan. Anwar mampu mendesak khalid mengosongkan jawatannya, sepertimana beliau mampu mengarahkan Lee Chin Cheh meletakan jawatan ADUN Kajang.

Apa kah undang-undang negara ini dapat dipenagruhi oleh Anwar, kerana statusnya sebagai MB? Jika ia, maka undang-undang negara akan menjadi bahan ketawa bukan sahaja dalam negara malahan di seluruh dunia.

Anwar sebelum ini mempergunakan PRK Permatang Pauh pada tahun 2009, semasa perbicaraan Liwat II, di mana beliau berjaya membebaskan diri secara teknikal. Cara itu, beliau ulangi lagi melalui PRK Kajang, agar supaya para hakim terpengaruh.

Penamaan calon bagi PRK Kajang adalah pada 11 Mac dan hari pengundian jatuh pada 23 Mac. Berasaskan maklumat semasa, Anwar bakal ditentang calon Bn Datin Paduka Chew Mei Fun, Zaid Ibrahim dan Herman Tino sebagai calon bebas.

DUN Kajang dimenangi calon PKR pada tahun 2008 dan 2013.

No comments:

Blog Archive