Misterinya kehilangan pesawat Mas B777-200ER MH370 yang membawa penumpang seramai 239 bersama 12 krew yang lepas landas pada 12.41 pagi Sabtu, dan hilang daripada radar kawalan udara Subang pada pukul 1.30 pagi dan daripada radar tentera pada pukul 2.40 pagi merupakan misteri penerbangan abad ini.
Kehilangan misteri pesawat itu bukan sahaja menjadi krisis di Malaysia, juga terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.
Untuk masa ini, kita hanya mampu melihat bukti sejarah, mengapa sebuah pesawat berbadan lebar mengalami kemalangan.
Sebab-sebab itu adalah antaraa lain gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
Sejarah menunjukkan bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," .
Mengenai kerosakan struktur, menyebabkan juruterbang hilang kawalan. "Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Faktor cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. "Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU),"
Rampasan tiada kemungkin berlaku bagi MH370 atas sebab adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.
Jika pesawat terhempas, setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. Satu lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air,".
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan cara bergerak mundur.
Pesawat B777-200ER MH370, selepas hilang daripada radar, tidak diketahui nasibnya memandangkan tiada apa-apa signal atau panggilan mayday daripada juruterbang. Tiada data yang diterima melalui Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS).
Telah masuk 5 hari, peralatan canggih seperti satellite, pesawat terbang dengan peralatan canggih masih gagal megesan sebarang clue berkaitan pesawat malang itu. Vietanam salah satu negara yang membantu SAR, akan meneruskan pencarian melalui udara, namun laut untuk sementara dihentikan. China pula menambah dua pesawat pejuang untuk membantu SAR.
No comments:
Post a Comment