Tuesday, March 25, 2014

MH370: Yang Berlaku Sebelum Hilang Misteri

Pesawat semasa berada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut di timur Kota Bharu Kelantan, pesawat mengalami kebakaran, sehingga asap memasuki ruang kabin dan kemudian kokpit. Kebakaran memusnahkan panel komunikasi, atas sebab itu transponder pesawat terputus tanpa disadari juruterbang.

Dalam keadaan demikian, naluri seorang juruterbang adalah menerbangkan pesawat itu ke arah lapangan terbang terdekat yang dia tahu boleh menampung pendaratan pesawat yang dipandunya. Dalam isu MH370, lapangan terbang terdekat adalah LTA Pulau Pinang dan Langkawi. Bukti, bahwa juruterbang mengarah ke dua LTA itu, apabila radar tentera mengesannya pada 2.40 pagi.

Atas sebab semua alat komunikasi terputus, maka mengambil keputusan mendarat, boleh mengundang bahaya besar, bukan sahaja kepada pesawat malah di lapangan terbang itu sendiri. Apabila gagal berkomunikasi dengan sebarang menara, maka juruterbang memutuskan untuk mendaratkan pesawat di laut Andaman, Selat Melaka tidak dipilih atas sebab kesibukan laluan itu.

Pesawat terpaksa berlegar-legar untuk menghabiskan minyak sebelum melakukan pendaratan atas air, atas sebab mendarat dengan minyak yang banyak boleh menyebabkan pesawat meletup. Apabila minyak habis, barulah pesawat mendarat, sekitar pukul 8 pagi hari nahas itu. Kali terakhir blips/pings pesawat diterima satellite adalah pukul 8.11 pagi, adalah mendokong teori bahawa pesawat mendarat dengan tangki kosong.

Sekiranya kesaksian seorang wanita yang baru pulang menjalankan umrah diambil kira, mungkin menemui pesawat akan lebih cepat.

Ikuti cerita Makcik itu:

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang. Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar. "Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah

"anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan ~ mStar

Tak tahulah bagaimana Makcik tu boleh nampak.. mungkin beliau dikurniakan Allah kebolehan yang kita semua tidak ada atau memang Allah SWT hendak tunjukkan kepada dia sahaja..

Sebabnya sebagaimana yang dinyatakan oleh juruterbang yang enggan namanya disiarkan itu.. apa yang kita akan nampak dari ketinggian 35,000 kaki itu?

5 comments:

Anonymous said...

Salam, saya sgt mngenali mkcik tsebut & tahu cerita tsebut drpnya. Sbnrnya smsa melintasi kwsn tsebut dgn mlalui bbrpa buah pulau, pd ketika itu ketinggian paras kapal terbang yg dinaikinya bkn 35000 kaki ttpi lbh rendah shingga blh nmpk kumpulan pulau2 kecil ,objek2 dan kapal2. Mlh cuaca sgt terang dan awan pun tiada. Klu mngikut pngalaman org2 yg pergi umrah, biasanya pesawat akn menurunkn ketinggiannya apabila hmpir memasuki sumatera. Mcik ni tiada lgsg niat tsembunyi @ mcari publisiti. Mlh apa yg dilaporkn kpd polis adlh dgn niat ikhlas utk mnyegerakan usaha phk bkuasa malaysia dlm mrungkai misteri tsebut. Mlh sy mngenali mcik ni seorg yg rajin bkebun, rajin solat sunat duha & sntiasa mrendah diri. Mlh dia ada bcerita kpd kami pnglmnnya smsa d Mekah dia dpt mcium hajar aswad dan tlh bmimpi di mekah melihat bulan tbelah dua. Kami msh mcari mkna mimpi tsebut.

Anonymous said...

Bkenaan dgn cerita yg tersiar di akbar The Star tsebut, anaknya ade mberitahu kami bhwa cerita ttg tsebut tlh dtokok tambah oleh phk wartawan terutamanya apabila dkatakan dia mberitahu pramugari. Mlh anaknya tlh mminta phk akhbar tsebut mbetulkn cerita tsebut mlh mereka ttanya2 bgmna salinan report tsebut blh tlepas kpd phk akhbar. Ape yg dberitahu salinan tsebut dperolehi dr phk tertentu. Sbnrnya smsa dlm pesawat mcik tsebut hnya mberitahu org dsebelahnya & cuba mnunjukkn pd pnumpg tsebut iaitu seorg mcik tua berloghat kedah ttpi tdk brpa diendahkn. Maka dia cuba melihat bbrpa kali tnpa lepas dr pndgn matanya Utk mngesahkn ape yg dlihat itu adlh betul. Mlh sbnrnya dia tdk tahu ape yg dlihat itu adlh pesawat MAS yg dlaporkn hilang. Dia mmg dpt mlihat jelas bdn pesawat yg msh lengkap dan ade jalur merah dibdn pesawat tsebut dan jelas nmpk tingkap2 pesawat tsebut. Mlh air dsekeliling pesawat tsebut terkuak2 dgn keadaan bdn pesawat tsebut agak senget. Laporan mcik tsebut tdk blh dianggap remeh @ dperlekehkan dgn komen2 yg bodoh.

Anonymous said...

Lg satu pkara, hnya The Star shj yg dpt berita ini scra ekslusif dr phk mcik ni. Itupun krn phk mereka dberi pelepasan oleh phk ttentu utk mdptkn cerita tsebut dr mcik ini mmndgkn laporan polis tsebut adlh plg kuat. Ttpi sungguh, laporan polis tsebut tdk pernah dberi kpd phk akhbar oleh kuarga mcik tsebut. Mlh sehari slps berita tsebut dsiarkn, pelbagai media tv & akhbar tmptn tlh mhubungi kuarga mcik tsebut utk interview & berita. Ini tmasuklah media luar tmasuklah CNN, ABC, Reuters dll. Mlh CNN bpangkalan dSingapura bbrpa kali mhubungi kuarga mcik ni ttpi dtolak krn mereka tdk mahu lgsg bkerjasama dgn media luar utk tdk mbelakangkn phk krjn malaysia. Jk mcik tsebut mcari publisiti tntu smua dh dlayannya mlh dr awal lg dia buat laporan polis hnya agar laporan tsebut dberi phatian oleh phk bkuasa dan bkn utk media.Dan stlh tsiar di akhbar (atas pujukan & jaminan akhbr tsebut) dia tdk mnyangka cerita tsebut tlh dtokok tambah tnpa phk mereka btanya cerita sebenar drpnya. Ini mybbkn bbrpa fakta tdk tepat & anak2 mcik tsebut jg sgt kesal shga mereka tdk mahu mberi ape2 lg kerjasama pd mana2 mediacslps itu. Dharap pnjelasan yg sedikit ini akn mberi pcerahan pd phk2 yg mpertikai hal tsebut tmasuk akhbar tsebut spya lbh btgjwb dlm mnyiarkn berita tmasuk mjaga privacy kuarga tsebut. Ini tdk segala mklumat peribadi dlm laporan polis tsebut jg dsiarkn. Pkara ini sgt serius & spatutnya phk akhbar tsebut mminta maaf sblm mereka mgkn blh dsaman olek kuarga tsebut.

Anonymous said...

Salam, saya yakin apa yg dilihat makcik ini BENAR..apatah lg dia bari shj pulang dr tempat suci mulia. dari Ibadah UMRAH.. pasti Allah buka hijab utk ia melihat sedangkan org lain tidak..

TAPI..SORRY LAH.. KRJN LEBIH PERCAYA PENUH DENGAN NASIHAT AMERIKA-BRITAIN-INMARSAT-FBI dr PERCAYA SAKSI MATA atau org biasa.. NAJIB LEBIH KAGUM dgn interpolation Doppler Effect yg dicadangkan oleh konsultan Barat..wpun kiraan tersebut hanya menganggarkan dan mengecilkan kawasan carian. Najib terus terpesona dan terus buat Sidang Akhbar menegjutkan semalam.. tanpa disokong apa2 bukti soheh.

Australia sendiri menganggap ia maish spekulasi tentang gambar satelit selagi tidak dijumpai dan dsahkan cebisan itu milik MH370..

Najib pelik pulak akhir2 ini..
Wallahualam..

Unknown said...

Sape pulak ckp najib x percaya ckp makcik ni? Penyiasatan dilakukan drpd pelbagai sudut. Harap bersabar dan jgn buat pertuduhan melulu.

Blog Archive