Latest News

MH370: Tiada Unsur Tangan Ghaib?

Jika benarlah, seripahan pesawat MH370 ditemui 1,500 batu barat laut Perth, Australia, ertinya kehilangan misteri pesawat malang itu tiada unsur tangan ghaib. Penyebab utama kepada kehilangan pesawat itu adalah masalah struktural pesawat, sepertimana amaran pihak FAA, bahawa pesawat itu mempunyai masalah fuselage, yang mana jika keadaan itu berlaku maka akan berlaku masalah udara, seperti kehilangan oksigen secara tiba-tiba, tertutupnya alat-alat komunikasi. Kehilangan bekalan oksigen atau bekalan udara dalam pesawat secara tiba-tiba boleh menyebabkan tekanan melampau dalam pesawat. Apabila tekanan melampau berlaku, tanpa saluran udara, tanpa oksigen maka boleh menyebabkan krew termasuk pilot dan penumpang "knock out".

MH370, hilang daripada radar trafik udara Subang pada pukul 1.30 pagi, saat mana pesawat berada pada ketinggian normal, 35,000 kaki atas permukaan laut, dalam ketinggian seumpama itu, biasanya auto pilot sudah diaktifkan.

Salam terakhir co-pilot pada 1.21 pagi, dengan kata-kata bersahaja "All Right, Goodnight" menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan baik. Namun, selang 8 minit kemudian, kejadian kehilangan oksigen dan saluran udara yang berlaku di ruang kabin dirasakan di kokpit (alat komunikasi pesawat mula tertutup pada 1.07 pagi) menyebabkan pilot memasukan arah baru bagi pesawat itu, yakni arah ke Kuala Lumpur, bagi maksud mendarat semula. Kehilangan oksigen, bukanlah masalah teknikal, atas sebab panel pesawat tidak akan menunjukkan tanda kecemasan (betulkan saya), sebab apa, kalau semasa kita tidur di rumah, pendingin udara tertutup, atas sebab bekalan litrik terputus, perkara itu bukan masalah, dan kita boleh sambung tidur. Inilah yang berlaku pada pesawat itu, pilot cuba mengalihkan arah pesawat ke Kuala Lumpur, selepas sahaja kod mengubah navigasi berpatah balik, pilot dan co-pilot jatuh pingsan. Tiada manusia yang boleh bertahan selama 8 minit tanpa oksigen. Di sebabkan pesawat sudah dalam auto pilot, maka pesawat terbang ke arah Kuala Lumpur, dan seterusnya meneruskan penerbangan, sehingga kehabisan minyak, lalu terhempas di lautan hindi, kemudian seripahan hanyut ke arah selatan, kerana arus laut di kawasan itu, menuju Antartika.

2 Responses to "MH370: Tiada Unsur Tangan Ghaib?"

Anonymous said...

Semua kemungkinan boleh terjadi yg tertumpu di dalam kokpit bukan disebabkan ia dirampas. Namun, hubungan terakhir co pilot dgn menara kawalan subang begitu bersahaja All right, Goodnight seperti terlalu amat mengantuk dan mau tidur. Apakah dia telah diberi ubat tidur supaya pesawat dipandu oleh pilot seorg di mana pesawat tidak stabil lagi hingga ketinggian 45, 000 kaki dari paras laut, tranponder kemudian di mati, kemudian terbang rendah supaya tidak dapat dikesan radar vietnam dan membuat U turn ke barat yg mungkin ke diego garsia. Di sini misterinya apakah tujuan ke pulau diego garsia, apakah ada konspirasi dgn cia untuk menghukum malaysia kerana menghukum anuar masuk penjara. Atau adakah anuar menipu pilot terbabit yg menyatakan kapten zaharie boleh mendarat di diego garsia tapi sebenarnya penguatkuasa base tidak mendapat arahan dan pesawat berpatah balik hingga kehabisan minyak dan jatuh terhempas di laut andaman. Hanya allah saja yg tahu apa berlaku kita cuma berdoa agak selamatnya selamat. Biar lah kebenaran terdedah.

Anonymous said...

Teori ini menafikan maklumat radar tentera malaysia n thailand yg mengesahkan mh370 melalui laut andaman selepas merentasi semenanjung malaysia ke selat melaka...
walau saya tidak pakar..tp akal logik saya menolak teori ini...

Blog Archive