Latest News

MH370: Terbang Rendah- Nelayan Kelantan


Seorang nelayan Kelantan- Azid Ibrahim, sudahpun melapor kepada polis, berkaitan apa yang disaksikan beliau  berkaitan sebuah pesawat yang terbang rendah sekitar jam 1.30 pagi Sabtu.

Azid bersama rakannya yang sedang memancing di sekitar Pantai Kuala Besar, Kota Bharu melihat se buah pesawat terbang rendah di bawah awan. Pada kebiasaannya pesawat yang melalui kawasan itu tidak pernah terbang serendah itu menurut nelayan tersebut.

Pesawat itu, terbang seperti biasa, kelihatan tiada masalah. Tiada asap atau bunyi kuat.

Pesawat terbang rendah biasanya mengelak daripada di kesan radar. Selain itu, pesawat juga boleh mengelak, apabila transmitter yang ada pada pesawat tersebut dinonaktifkan.

Pesawat MH370 secara total hilang pada radar pada jam 2.40 pagi Sabtu, namun kini dilaporkan bahawa sebenarnya pesawat hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas pada jam 12.41 pagi.  Kalau benarlah apa yang dilihat nelayan Kelantan itu, maka pesawat itu menutuskan semua alat komunikasi dengan menara kawalan. Fakta menunjukkan bahawa pesawat malang itu mengnonaktifkan semua alat yang boleh mengesannya, apabila seorang juruterbang yang berpusat di Narita, Jepun di mana pada masa itu berada di ruang udara Vietnam dapat berhubung dengan pesawat malang itu menggunakan saluran kecemasan. Keadaan pesawat malang itu sepertimana dikatakan juruterbang yang tidak mahu dikenali itu, di kokpit bunyi terlalu bising, sehingga co-pilot yang menjawab panggilan itu tidak jelas dan tidak dimengerti (mumbling).

Nelayan Kelantan Azid melihat pesawat itu menuju utara, ertinya menuju kawasan udara Vietnam. Jika kesaksian nelayan itu benar, apa kah pesawat yang terbang rendah itu sudah berada di kawasan hutan Vietnam? atau di Selatan China? kerana minyak pesawat tidak akan cukup untuk terbang jauh, atas sebab, terbang rendah memerlukan penggunaan lebih.

Team SAR perlu memperluas kawasan pencarian di wilayah Vietnam dan Selatan China, terutama di kawasan yang bergolak minggu lepas. Mana tahu pesawat itu sudah mendarat di salah satu lapangan terbangnya? Nanning Wuxu atau Nanjing Lukou. Pihak Team SAR perlu mempertimbangkan semua kemungkinan.

0 Response to "MH370: Terbang Rendah- Nelayan Kelantan"

Blog Archive