Latest News

MH370: Hanya Malaikat Boleh Beri Maklumat Tepat

Memasuki hari ke-6, Mencari dan Menyelamat kapal penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 masih misteri. Tiada maklmuat tepat yang diperolehi, meskipun 43 kapal laut, 40 pesawat meronda lautan china selatan kawasan asal pencarian dan Selat Melaka, kawasan kedua. 26 kapal dan 25 pesawat laut china selatan; 17 kapal dan pesawat selat melaka.

Setakat ini, semua teori sudah dikaji, dan diambil tindakan, namun tiada juga clue berkaitan pesawat malang yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew. Pesawat malang itu yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu daripada KLIA laluan Beijing, sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai-sampai.

Ramai mengecam Menteri Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan China termasuk Presiden China, kononnya tidak bercakap benar berkaitan hilangnya pesawat MH370. Pada masa dan saat ini, hanya malaikat sahaja yang boleh memberikan maklmut tepat berkaitan kehilangan pesawat malang itu.

3 Responses to "MH370: Hanya Malaikat Boleh Beri Maklumat Tepat"

Anonymous said...

malaikat nenek kau!

yang benar,
./mak kau

Anonymous said...

Allah la ... malaikat pulak ... jaga penulisan mcm jaga akidah bro.

Anonymous said...

Kawan aku nama Malaikat... Dia kata dia pun taktahu yang mengetahui hanya Allah... Mehla kita dimanapun kita berada samasamalah kita berdoa kepada Allah akan diberi petunjuk dgn musibah yg terjadi kpd negara kita Malaysia. Ya Allah kepada engkau yg aku sembah dan hanya kepada engkaulah aku mohon pertolongan.

Blog Archive