Sunday, March 30, 2014

Kenaikan Royalti Minyak Untuk Sabah

Setelah AYT menyemak beberapa kali tentang isi kandungan tuntutan 18 Perkara bagi Sarawak manakala tuntutan 20 Perkara oleh Sabah sebelum tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963 dulu iaitu yang berkaitan dengan royalti minyak sebanyak 5% untuk kedua-dua negeri itu yang seringkali dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang ternyata sekali tidak pernah wujud dan maknanya tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin ada sesetengah di kalangan rakyat Sarawak sendiri mahupun rakyat di negeri Sabah sekiranya menyedari tentang hal ini pasti akan tertanya-tanya mengapa pula boleh jadi begitu?

Namun dalam pandangan AYT, kenapa perkara tersebut tidak dimasukkan serentak oleh Sarawak serta Sabah dalam tuntutan 18 dan 20 Perkara sebelum memutuskan untuk turut bersama Tanah Melayu dan Singapura menubuh Persekutuan Malaysia adalah kerana mereka sedar jika ianya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara maka sudah pasti untuk melakukan semakan terhadap royalti minyak memang sangat sukar untuk dijalankan tetapi jika ianya dibiarkan saja sebagai satu perkara yang terbuka untuk dibincang, diubah semula mengikut kesesuaian masa, jadi eloklah perkara berkenaan kekal menjadi satu hal yang tidak terikat dan ianya bebas untuk dikaji semula.

Jadi di sinilah AYT nampak kebijaksanaan para pemimpin Sarawak dan juga pemimpin Sabah yang terdahulu dalam membuat keputusan, mereka berpandangan jauh di dalam perkara ini dan sudah tentu mereka juga sudah boleh menjangka apa yang bakal terjadi sekiranya bayaran royalti 5% minyak untuk Sarawak dan Sabah diikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan semakan semula terhadap perkara tersebut memandang ianya sudahpun termaktub sebagai satu perjanjian kekal atas persetujuan bersama antara Sarawak, Sabah, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.

TETAPI apa pula dengan Deklarasi Kuching tentang 7 Perkara yang diumumkan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebelum PR-13?. Pada perkara ke-6 itu saja ianya telah menyebut tentang royalti minyak 20% untuk Sarawak dan Sabah dalam Ketetapan Kuching dan sekiranya terlaksana kelak Deklarasi itu akan berperanan seperti Perlembagaan Malaysia juga di mana jika sudah termaktub maka bermakna Perkara ke-6 itu akan dianggap sebagai satu perjanjian bersama Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang tidak sama sekali tidak boleh diusik lagi walau pada bila-bila masa.

Apa Kah Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Adenan Satem terpengaruh atau menggunapakai deklarsi Kuching yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat? atau memang ianya merupakan permintaan berani sejak sekian lama, hanya selepas beliau dilantik, maka disuarakan? Bagi Sabah, memang sejak TAHUN 1985, suara berkaitan royalti minyak telah disuarakan terutama oleh Parti PBS, dan selepas itu pemimpin seperti Datuk Salleh juga ikut menyuarakan berkaitan royalti minyak; malahan Ketua Menteri Sabah juga Datuk Dr Musa Haji Aman, pernah memberitahu Dewan Undangan Negeri, bahawa royalti minyak tergantung sangat kepada perjanjian tahun 1976, dimana kerajaan negeri tiada kuasa untuk menyemaknya.
 
Sejak keyataan Ketua Menteri Sarwak itu, iatu semasa penamaan calon PRK Balingian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Dr Salleh Tun Said telah mengangat isu dan bersuara bagi pihak Sabah. Semalam di Kota Belud, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu melontantarkan pandangan kepada Kerajaan Persekutuan, agar supaya "permintaan generasi muda Sabah" mempertimbangkan permintaan kenaikan 20% royalti minyak kepada Sabah. Beliau mengulas permintaan tiga sayap pemuda daripada komponen BN PBS, UPKO dan PBRS, tanpa pemuda Umno.
 
Nampaknya, isu royalti minyak akan menjadi agenda politik bagi waktu yang lama, setidak-tidaknya sehingga PRU-14 atau selepas itu.
Kenyataan Datuk Dr Salleh Daily Express 30/3/2014

Berikut pandangan daripada berbagai pihak:

Tuntutan 20 peratus royalti lumpuhkan Petronas cari sumber baru: Awang Adek 14th January, 2013

BACHOK:Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab.

“Jika (royalti) dinaikkan, syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini kelmarin.

Lebih 545 nelayan menerima bantuan itu yang membabitkan peruntukan RM109,000 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baharu di negara-negara baharu yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar.

Awang Adek berkata jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun yang tidak termasuk pelbagai cukai.

“Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya dari operasi di luar negara,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat.

“Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara. Kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab?

“Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang,” katanya. Sumber disini

Dari Blog Datuk Salleh Tun Said

Tuesday, November 25, 2008
KERAJAAN PUSAT HARUS RESPONSIF MENDENGAR BISIKAN SUARA ORANG SABAH

AKHIR-AKHIR ini semakin banyak perbahasan disuarakan mengenai isu royalti minyak yang diterima Sabah daripada Kerajaan Pusat.

Umumnya, kenyataan daripada pimpinan politik mahukan kadar yang diterima oleh Sabah sekarang ini dikaji semula. Kajian semula tentunya bermaksud supaya ia ditambah ke satu kadar yang dianggap munasabah, bersesuaian dan realistik.

Nada suara pimpinan politik pembangkang dan sesetengah kerabat Barisan Nasional (BN) dalam isu royalti ini agak lantang. Macam-macam alasan dan perkiraaan dibuat.

Yang pasti, apa yang disuarakan itu tentunya mewakili suara sebahagian orang Sabah (kalaupun tidak keseluruhannya) yang terpisah jauh dari Kuala Lumpur oleh Laut China Selatan.

Mengambil kira bahawa apa yang disuarakan itu sebagai satu bisikan permintaan, maka Kerajaan Pusat perlulah mendengarnya dan mencari jalan bagaimana, apa cara, kaedah atau mekanisme untuk menimbangkannya.

Soal jumlah kenaikan tidak harus difikirkan sehingga membebankan pula kerana kerajaan tentunya mempunyai banyak cara untuk mencari jalan penyelesaian.

Sikap dan kesediaan untuk mendengar suara bisikan sememangnya prinsip yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Kerajaan BN sentiasa responsif terhadap keadaan dan keperluan, dan bersedia mencari kaedah terbaik untuk kebaikan semua.Yang penting pada akhirnya nanti, orang Sabah pasti mengharapkan hasil daripada minyak ini ditambah.

Dalam isu royalti ini, pimpinan sesetengah parti komponen BN di Sabah kedengaran agak kritikal. Suara mereka semacam mendesak dan bernada marah. Mungkin disebabkan kenyataan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, yang menyatakan bahawa isu royalti minyak sukar dibangkitkan kerana perjanjian tahun 1976 tidak menyediakan peruntukan bagi semakan semula terhadap kadar royalti lima peratus yang dipersetujui.
Bagi menjernihkan keadaan, Ketua Menteri memberi penjelasan terbaru kelmarin dengan meminta mana-mana pihak supaya tidak menjadikan isu berhubung tuntutan kenaikan royalti minyak bagi Sabah, sebagai agenda politik.

Datuk Musa mengharapkan semua pihak supaya bersikap lebih rasional dan melihat perkara itu dengan lebih jelas dan tepat kerana sememangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama-sekali mengetepikan kepentingan rakyat dan negeri Sabah berhubung isu royalti minyak itu.

"Saya berharap semua pihak khususnya dalam kalangan BN supaya tidak terikut-terikut atau terperangkap dengan rentak pembangkang dalam isu ini," katanya.

Seperti yang dijelaskannya, semua pihak tidak seharusnya melihat dari aspek royalti saja. Sebaliknya, soal pembangunan juga harus diambil kira memandangkan Sabah telah menerima peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan dalam melaksana pelbagai program pembangunan.

Apapun pertimbangan dan rasional, Kuala Lumpur tidak harus melihat suara dan bisikan orang Sabah itu sebagai bersifat emosi dan kenegerian.

Sementara fakta perjanjian diakui sebagai fakta, namun banyak cara dan kaedah boleh dilakukan untuk menimbangi tuntutan serta keperluan.

Yang penting dan diharapkan oleh orang Sabah ialah tambahan hasil daripada sumber minyak yang dikeluarkan dari negeri ini. Dari blog ssk

Dari Blog Datuk Salleh Tun Said
Saturday, August 25, 2012
Rakyat Sabah sudah pasti nikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak dikaji semula

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa lalu menyatakan bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK), John Lim Yu Sin, berkata rakyat Sabah sudah pasti akan menikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak disemak semula.

“Kenaikan royalti minyak bolehlah diibaratkan meningkatnya gaji bulanan kita, bayangkan begitu banyak perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dalam mempercepatkan pembangunan dan transformasi di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempunyai bajet yang besar untuk melaksanakan projek bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menyambut baik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

“Ini adalah satu langkah positif, terima kasih atas hubungan erat dan mantap antara Ketua Menteri dan kepimpinan persekutuan, yang menguntungkan kerajaan negeri sejak bertahun lalu,” katanya.

John berkata, terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai perkara ini dan berapa banyak kenaikan yang sepatutnya, yang jelas lebih banyak lebih baik.

“Kini sudah tiba masa kita duduk bersama untuk berbincang dan saya percaya kerajaan persekutuan akan memberi sesuatu yang berbaloi memandangkan negeri Sabah memerlukan peruntukan yang banyak untuk pembangunan.

“Saya berharap gesaan untuk mengkaji semula royalti minyak tidak dilihat sebagai satu tuntutan oleh kerajaan persekutuan tetapi sebagai penghargaan ke atas kesetiaan teguh kita menyokong kerajaan yang dipimpin BN,” katanya.

Menurutnya, tiada salahnya untuk membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan, lagipun ia adalah suara dan harapan rakyat Sabah.NEW SABAH TIMES

Sunday, March 18, 2012
HAK-HAK SABAH TIADA YANG DIAMBIL,YANG SEBENARNYA KITA YANG BERI,KITA YANG SERAHKAN: DATUK SALLEH TUN SAID



Kenyataan Datuk Salleh Tun Said dalam majlis Konvensyen Media Sosial di UMS, dua hari lepas bahawa sebenarnya Hak-hak sabah yang cuba diperjuangkan oleh pihak tertentu dalam politik menjelang PRU 13 ini kononnya dirampas oleh Kuala Lumpur adalah tidak benar sama sekali. Mantan Ketua Menteri Sabah itu 'mengejutkan' para hadirin yangt hadir apabila mendakwa bahawa pemimpin Sabah terdahulu yang beri dan serahkan kepada Kuala Lumpur. Timbalan pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan itu turut mendakwa royalti minyak 5 peratus yang dikatakan diberikan kepada Sabah adalah sebenarnya atas persetujuan bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri pada waktu itu. Maka "Hak-Hak Sabah tiada yang diambil..yang sebenarnya KITA YANG BERI, KITA YANG SERAHKAN DAN TENTANG ROYALTI MINYAK..kita yang bersetuju lima persen atas persetujuan kedua belah pihak.." katanya semasa ucapan penggulungan konvensyen yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang itu sehingga mewujudkan lautan Biru kerana rata-rata peserta memakai pakaian biru.

Kenyataan Datuk Salleh ini dianggap 'membuka pekung di dada" BN dan UMNO di Sabah kerana memberi gambaran bahawa Kuala Lumpur yakni kerajaan Pusat tidak pernah berlaku adil kjepada rakyat Sabah, meskipun sudah beberapa kali desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mengenai perkara ini. Isu royalti minyak bukan sahaja diperjuangkan oleh Tun Mustapha berikutan layanan 'tidak' adil itu tetapi juga pernah disuarakan oleh PBS, namun tidak mendapat persetujuan. Perjanjian royalti minyak itu disyorkan dikaji semula kerana nyata Sabah adalah negeri pengeluar minyak, namun 95% hasilnya diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Datuk Salleh juga dicabar supaya menamakan pemimpin-pemimpin Sabah yang dimaksudkanya telah menyerahkan hak-hak Sabah kepada kerajaan Pusat supaya satu bentuk jalan penyelesaian dapat dilakukan. Mungkin kenyataan ini ada benarnya kerana 'kerakusan' pemimpin terdahulu yang mahukan kuasa politik sehingga menggadai keistimewaan Sabah. Contoh paling ketara ialah penyerahan Pulau Labuan oleh Datuk Harris Salleh pada era pemerintahan parti BERJAYA telah membawa kepada kekalahan teruk parti itu ditangan PBS.

Setelah lebih 18 tahun UMNO berada di bumi Sabah, kerajaan Pusat bukan sahaja gagal mengembalikan hak-hak Sabah yang ternoda dek sikap sesetengah pemimpin Sabah yang rakus dan tamak kuasa tetapi juga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.sumber

Dari Blog Dato Rahman Dahalan

PERTAMBAHAN ROYALTI MINYAK DAN KUALA LUMPUR MENGAUT SEMUANYA: LINGKARAN KEKELIRUAN

Acapkali kita mendengar dakwaan pembangkang berhubung dua isu utama yang agak emosi bagi rakyat Sabah iaitu janji menaikkan kadar royalti minyak kepada 15% untuk Sabah dan dakwaan Kerajaan Persekutuan merampas semua kekayaan Sabah tanpa memberi apa-apa sebagai balasan.

Isu-isu ini mesti dijawab berdasarkan fakta dan tepat pada masanya bagi mengelak mana-mana pihak dipedaya mulut manis pembangkang.
Kita mulakan dengan isu kenaikan royalti minyak sebanyak 15% kepada Sabah. Di atas kertas, bunyinya memang menarik tetapi hakikatnya, wujud pelbagai kebimbangan bagi menjadikan impian itu satu kenyataan. Berjanji memang mudah tetapi menzahirkannya adalah cerita berbeza.
SEKILAS PANDANG

Urusan berkaitan petroleum bukan perkara remeh. Kerangka menyeluruhnya, cabaran teknikal dan risiko kewangan yang besar dengan sendirinya menyaksikan hanya syarikat besar memiliki kepakaran serta sumber kewangan kukuh berani mengendalikannya.

Bayangkan kerja-kerja perlu dilakukan untuk menurunkan paip menggerudi sedalam 4.5 km dari paras laut dalam persekitaran mukabumi yang penuh tekanan untuk menggali minyak. Ia memerlukan peralatan khusus dan amat mahal yang cuma dimiliki penggerak utama industri minyak dunia (seperti Shell, Murphy Oil, ExxonMobil dll). Kos cari gali minyak boleh memakan belanja besar mencecah berjuta dolar dan pastinya dibazir begitu saja jika tiada minyak ditemui di kawasan yang dikenal pasti.
Syarikat petroleum negara, Petronas, tidak memiliki kemampuan menanggung risiko kewangan berkenaan seperti mana rakannya di negara membangun lain seperti Indonesia, Venezuela dan Nigeria.
Selain itu, Petronas juga tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membelanjakan berbilion ringgit melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau menanggung risko kewangan dalam fasa cari gali dan pengeluaran, terutama apabila peruntukan besar seperti itu diperlukan bagi pembangunan negara.
Berbeza dengan Petronas yang banyak beroperasi di perairan Malaysia, penggerak utama petroleum dunia memiliki kelebihan dari segi sumber kewangan. Mereka beroperasi di seluruh dunia dan langkah itu dengan sendirinya mengurangkan kos fasa R&D, usaha cari gali dan pengeluaran.
Jika minyak ditemui, modal diperlukan bagi setiap fasa pasti lebih besar. Difahamkan, fasa pengeluaran minyak boleh menelan belanja setinggi RM2 bilion dan ada kalanya lebih besar daripada itu.
Bagi mengurangkan beban risiko kewangan akibat ketidaktentuan penemuan minyak, Petronas menyertai perjanjian kerjasama (dikenali sebagai Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau PSC, disusuli Kontrak Perkongsian Risiko atau RSC) dengan syarikat multinasional seperti Shell, Murphy Oil atau ExxonMobil dan lain-lain.
Syarikat minyak gergasi ini diberi peratusan keuntungan diperoleh sebagai balasan menanggung risiko kewangan dan berkongsi teknologi R&D bernilai berbilion ringgit.
PETRONAS MENGAUT SEMUANYA?
Pembangkang kerap membuat tanggapan kononnya Petronas tidak adil dalam mengagih keuntungan kepada Sabah. Justeru, mengikut percaturan mereka, Petronas sepatutnya memberi tambahan 15 peratus royalti keuntungan minyak kepada Sabah.
Bolehkah ia dilakukan? Mari kita lihat kenyataannya.
Contoh berikut mungkin tidak merangkumi setiap perincian kerjasama (JV) yang disertai Petronas, namun ia memadai untuk memberi gambaran adil terhadap hakikat sebenar.
Ilustrasi di bawah menjelaskan keuntungan Petronas hasil perolehan minyak Sabah.
(grafik)


Bagi setiap RM100 keuntungan diperoleh daripada hasil minyak Sabah, sejumlah 5% disalurkan sebagai simpanan Kerajaan Negeri manakala 5% lagi kepada simpanan Kerajaan Pusat. Sejumlah 45% digunakan bagi menampung kos pemulihan manakala 45% lagi diagih sebagai untung kasar bersama.
Kesimpulannya, selepas berkongsi pendapatan dengan pihak lain dan membayar cukai, adalah jelas keuntungan Petronas hanyalah sekitar 16.74%. Jika Petronas diminta membayar tambahan 15% daripada margin keuntungannya, ia tidak mampu menampung perbelanjaan, komitmen kewangan dan melakukan pelaburan semula sebagai pendapatan akan datang.
Akibatnya, Petronas akan menanggung beban kewangan yang mungkin membawa kepada muflis!
Jika Petronas gagal membayar tanpa menjejaskan kedudukannya, dari mana pula datangnya tambahan 15% itu? Jelas, pilihan yang ada cuma dua iaitu rakan kongsi PSC atau Kerajaan Pusat.
Besar kemungkinan, rakan kongsi PSC tidak akan melanggar perjanjian dipersetujui dengan Petronas seperti termaktub dalam kontrak. Tambahan pula, peratusan keuntungan yang rendah akan menjadikan kerja cari gali minyak di Malaysia kurang menarik.
Jika rakan kongsi JV menolak tawaran kerja di Malaysia, kita tidak mungkin dapat mengeluarkan minyak menerusi kaedah ekonomikal. Jika itu berlaku, ia mungkin menyebabkan Malaysia berdepan masalah keselamatan tenaga yang serius. Malah, jika tiada yang mencari gali minyak, kita mungkin terpaksa mengimport semua keperluan tenaga!
Dengan keadaan Petronas dan rakan JV tidak dapat menampung tambahan royalti 15% (kira-kira RM12.5 bilion) bagi negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, pilihan yang ada ialah mengambil daripada Kerajaan Pusat yang menerima dividen tahunan kira-kira RM30 bilion daripada Petronas.
Bagaimanapun, pilihan ini mempunyai kesan tersendiri.
Berikutan penyusutan dividen daripada Petronas, sumber kewangan Kerajaan Pusat turut berkurangan bagi peruntukan Bajet. Ini bermakna kerajaan terpaksa memotong perbelanjaan bagi kepentingan awam seperti subsidi, sekolah, hospital, balai polis, jalan dan kemudahan asas lain. Dalam hal ini, pihak paling teruk menerima kesannya ialah negeri bukan pengeluar minyak.
Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu memiliki kekuatan moral untuk memberitahu negeri bukan pengeluar minyak bahawa beliau terpaksa memotong peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.5 billion.
Malangnya, ini tidak akan berlaku.
Pilihan terakhir bagi Anwar Ibrahim ialah meningkatkan royalti minyak Sabha kepada 15% tetapi dalam usaha memastikan beliau mempunyai dana mencukupi bagi seluruh negara, peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah perlu dipotong. Harus diingat, pengurangan Kerajaan Pusat bagi Sabah adalah haknya sebagai Perdana Menteri.
Pilihan ini kelihatan munasabah walaupun Anwar tidak pernah memberi jaminan untuk tidak memotong peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah. Ketika ini, peruntukan buat Sabah adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
Sebenarnya, aneh juga bila difikirkan Anwar tidak pernah menyatakan secara terbuka dengan spesifik janjinya menaikkan royalti minyak sebanyak 15%. Mungkin beliau sedar penjelasan berkaitan isu itu mustahil dilakukan. Nampaknya, membiarkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adalah cara lebih mudah. Malah, saya pernah bertanya kepada pembangkang termasuk Anwar Ibrahim sendiri di Parlimen mengenai perincian perkara ini. Saya mengharapkan jawapan tapi apa yang saya dapat hanyalah renungan tajam mereka!
KERAJAAN PUSAT KUTIP LEBIH DARIPADA PERBELANJAAN DIBERI KEPADA SABAH
Ini satu lagi dakwaan tidak bertanggungjawab pembangkang bagi meraih undi simpati di Sabah. Ia adalah pembohongan liar yang jika tidak dijawab dengan fakta, boleh mencetuskan perpecahan dan kebencian terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Isu ini perlu diperhalusi sebagai objektif dan kita lihat sama ada benar Kerajaan Pusat mengambil sumber Sabah (termasuk keuntungan hasil minyak) secara melampau tetapi hanya sedikit yang diberi.
Ilustrasi berikut memaparkan kutipan Kerajaan Pusat pada 2011 dan jumlah dibelanjakan di Sabha bagi tahun sama.
(grafik)






Di sebalik segala fitnah yang dilempar pembangkang, hakikatnya Kerajaan Pusat memberi peruntukan besar buat Sabah (RM4.736 bilion) berbanding yang dikutip dalam tahun sama.
Perangkaan Bahagian Analisa Cukai dan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia itu menyaksikan aliran sama sejak 2007 beserta pecahan setiap kementerian.
Ia menunjukkan aliran perbelanjaan konsisten Kerajaan Persekutuan di Sabah berbanding pungutan setiap tahun. Ia adalah kebenaran dan kita semua tahu statistik tidak akan menipu.
Bagi 2012 dan tahun-tahun mendatang, tiada sebab bagi aliran itu berubah, terutama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penegasan bahawa penekanan khusus akan dilaksanakan terhadap pembangunan Sabah menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Barisan Nasional Sabah mendapati Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak tidak menghampakan rakyat Sabah. Pendapat Dato Rahman Dahalan MP Kota Belud

1 comment:

Anonymous said...

kami bukan negeri kami negara!!!sebelum join persekutuan kami sdh mendpat kemerdekaan dari British...hti2 ayat negeri dan negara,,,,,

Blog Archive