Latest News

Disebalik Kehilangan Pesawat MH370: Tertumpu Pada Tindakan Juruterbang

Selepas 8 hari kehilangan misteri Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 kini terdedah bahawa kehilangan itu kemungkinan besar ada hubungan dengan pilot pesawat itu kapten Zaharie Ahmad Shah, 53. Sebelum ini AYT ada menulis berkaitan kemungkinan pilot adalah plot utama kehilangan pesawat MH370. Disini

Pagi tadi PC Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengakui, sejenis alat di bawa masuk ke dalam pesawat bagi sebagai pemudah cara menerbangkan pesawat ke arah destinasi lain.

Pesawat B777-200ER MH370 sebaik sahaja berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac 2014, seseorang kemungkinan pilot telah menutup alat komunikasi sebelum alat itu tidak berfungsi sepenuhnya selepas 1.30 pagi. Transponder yang sengaja ditutup memerlukan beberapa minit untuk tertutup secara mutlak. Transponder pertama tertutup pada pukul 1.07 pagi dan yang kedua tertutup pada 1.21 pagi, saat yang sama juruterbang mengucapkan selamat malam dengan Kawalan Trafik Udara Subang dengan kata-kata "All Right, Good Night" kemudian pesawat hilang total daripada radar jam 1.30 pagi.

Radar TUDM mengesan pesawat malang itu sehingga 2.40 pagi 320km barat Pulau Pinang, dan kemudian hilang daripada kesanan hingga kini.

Data satellite, bukanlah alat yang boleh digunakan untuk menentukan lokasi pesawat, akan tetapi, data satellite hanya boleh mengetahui, bahawa pesawat sedang berada diudara atau tidak. Data satellite menunjukkan bahawa pesawat malang itu meneneruskan penerbangan selama 5 jam selepas terputus hubungan dengan radar negara baik radar awam mahupun tentera.

Dikarenakan, arah penerbangan pesawat malang itu berpatah balik, sesuai dengan signal yang berjaya ditangkap radar TUDM, walaupun sebelum ini dipertikaikan, namun kini terbukti betul, maka liputan pencarian kini telah ditukar kepada dua lokasi-iaitu arah utara- Turkmenistan dan Lautan Hindi ( Diego Garcia-dimana Pengakalan tentera udara Amerika terletak). Perluasan liputan pencarian itu, atas sebab jarak itu boleh dicapai pesawat malang berasaskan bekalan minyak yang terdapat dalam pesawat itu (Pesawat itu kalau dibekalkan minyak penuh boleh terbang 19 jam tanpa henti, bagi jarak lebih 17,000km).
 
Kehilangan pesawat MH370 kini, kemungkinan besar disebabkan oleh pilot, memandangkan semua teori sebelum ini, seperti terhempas, meletup di udara. tidak menunjukkan ke arah itu. Faktor yang menjurus kepada tindakan pilot apabila bersahaja melalui pesanan terakhirnya, seolah-olah keadaan pesawat adalah baik.Selain itu tiada pesanan kecemasan, tiada panggilang mayday, menguatkan lagi anggapan, memang secara sengaja pilot mengambil alih pesawat itu untuk suatu tujuan yang besar.
 
Masih awal mengaitkan kehilangan pesawat malang itu dengan kejadian yang berlaku pada petang 7.03, yang kebetulan bernombor sama dengan pesawat itu. Akan tetapi yang jelas, pilot MH370 itu adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

7 Responses to "Disebalik Kehilangan Pesawat MH370: Tertumpu Pada Tindakan Juruterbang"

Anonymous said...

jangan lupa peristiwa Lahad Datu... sape dalang??? nape tak diambil tindakan??? sape pihak luar yg jadi backup??? tak mustahil MH370 mangsa terbaru...

Anonymous said...

Disini kita dapat kelemahan ,kecuaian pengendali radar tentera yg tidak sensitif terhadap pesawat yg dikesan. sepatutnya saling berhubung dngan radar subang utk pengesahan sebarang pesawat.Pengendali radar jgn sesekali bersangka baik terhadap sebarang objek. Tindakkan pantas tudm sepatutnya telah dapat memintas pesawat tersebut.

Anonymous said...

Kalau betul apa yg di ramalkan,kita tak heran,kerana di pej. kerajaan,agensi kerajaan,GLC malah di pej pm pun ramai penyokong mereka.Mereka ini pun kaki khianat juga,mereka dah banyak menimbulkan masalah,tapbelum ada apa-apa tindakan utk menyekat mereka oleh pihak berwajib.Mulai sekarang kerajaan,agensi kerajaan dan GLC kena tapis latar belakang kakitangan mereka,agar keselamatan negara, rakyat dan kerajaan tidak terancam.

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis termasuk sistem Satellite NSA dan NASA, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ (kononnya) kampung kat pendalaman dan kwsn. pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya (lihat di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014)!

Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita! Maka bukti MAS dihijack di Diego Garcia ini mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild, yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel (yg. berasal dr. Jerman, dan menjadi begitu berkuasa sejak abad ke 16 setelah menjadi “peminjam wang” kpd. Raja-Raja Eropah dan kemudiannya mengahwini mereka) - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012.


Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Bah. kedua:

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini, terutamanya dlm. industri PERTAHANAN - lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011.
Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita, atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma! Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia ejen CIA-Mossad yg. disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British-NATO, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad-MI6-NATO, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Maka teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, di Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke arah Pakistan, Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi – saya syaki MAS telah dibawa dari Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat tarikh bila radar mulanya dikesan, kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal (yg. juga terletak di Lautan Hindi).

Disyaki CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini! Lihatlah nanti CIA-MI6-Mossad-NATO disyaki akan menyalahkan “pengganas Islam” atau pilot Islam/Melayu kita, melalui teori Teluk Bengal ini!

Makcik Sambal Belacan.

siluman said...

kuncu2 anasir jahat mungkin dah bersepah di mesia tak kira hatta dlm agensi kjaan sekalipun. siasat sekaligus org2 kuat MAS dan DCA.Pemimpin kita tidak boleh terlalu bergantung sgt dgn info2 dari org luar.....tidak bley terlalu bendul.....buat2 bendul takpa, inilah yg diharapkan. aku tetap yakin ATM atau risik mesia hebat....dgn bantuan dari ALLAH, kita kan dpt lalui semua ini seperti di lahad datu. Mintaklah petunjuk dan bantuan dariNya.

Blog Archive