Saturday, February 22, 2014

PRK Kajang: Myanmar Pula!!!!

SPR terpaksa awal-awal mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan balaci Anwar kononnya kelewatan PRK Kajang adalah untuk membantu BN menang, melalui undi warga Myanmar. Penafian SPR itu disini

Mengapa politik Anwar penuh penipuan??? Umum mengetahui bahawa kekuatan sebenar PKR yang diterajui Anwar Ibrahim adalah terbina atas dasar penipuan, manipulasi, provokasi dan propaganda.

Pada PRU-13, bagaimana pengundi cina tertipu dengan dakwaan Anwar menjelang pembuangan undi, bahwa kemenangan PR bakal diragut Bn, kerana kehadiran 40,000 pengundi Bangla. Benar juga, akibat dakwaan itu, kawasan yang berpengundi cina, hampir sebulat suara memberikan undi kepada calon-calon PR. Akibatnya, DAP yang mendapat keuntungan besar apabila hampir semua calonnya menang. Selain itu, kawasan2 yang bermajoriti cina yang ditandingi calon melayu seperti Pandan, undi majoriti calon PKR ditahap yang luar biasa.

Kini, berdepan dengan PRK Kajang, balaci Anwar seperti Chegu Bard, melalui SAMM haramnya, mencuba cara pada PRU-13 lalu, kali ini pula menggunakan warga Myanmar. Mereka dengan tipu muslihatnya, dengan cara yang tersusun, menggambarkan bahawa telah berjalan penambahan undi bagi PRK Kajang, atas sebab itu, kononnya sejak akhir-akhir ini begitu banyaknya bas-bas besar pelancong bertolak daripada KLIA dan terus ke Kajang bagi menurunkan warga Myanmar yang telah diimport.

Pennyokong Anwar, merekayasa, bahawa lambatnya penamaan calon adalah untuk membolehkan SPR mendaftar warga Myanmar itu.

Berjayakah Anwar dengan cara begini melalui PRK Kajang?

2 comments:

CEO_Siber said...


Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

usin said...

kerja bn kena fokus dan hebat utk menang prk kajang. alang2 dah dituduh cuba menipu, biar betul2 tipu!!! biar kaki tipu akan kena tipu kali ini!! bn takde cara dan mati akal untuk tipu anwar dan pkr? ceh!!! betapa bodohnya bn. baik tak payah bertanding la kalau terus menerus bodoh dan diperbodohkan macam ni. buang karen je bertanding!!!!

Blog Archive