Saturday, February 22, 2014

PRK Kajang: Antara Pemimpin Bertaraf Dunia dan Pemimpin Tempatan

Kalau calon BN Datin Paduka Chew mei Fun menang, maka beliau senantiasa bersama pengundi Kajang untuk setiap keadaan; sebabnya selain sebagai pemimpin tempatan tetapi juga beliau mempunyai masa demikian, kerana beliau bukan pemimpin bertaraf dunia. Sementara itu, jika Anwar yang menang, pengundi Kajang hanya akan dapat mengikuti kelibat wakil rakyat mereka melalui facebook, twitter, surat khabar atau media lain, kerana wakil rakyat mereka senantiasa sibuk di manca negara kerana tarafnya sebagai pemimpin bertaraf dunia.

pengundi Kajang perlu memilih, apa kah mereka mahu seorang wakil rakyat yang mewakili mereka senantiasa bersama-sama mereka dikala susah dan senang? atau kah seorang wakil rakyat selain pemimpin yang senantiasa sibuk, juga masih mewakili satu kawasan lagi yang beratus kilometer daripada Kajang.

Janji calon Bn Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, mantan timbalan Menteri, mantan MP "saya akan berkhidmat sepenuh hati" pada penggundi dan penduduk Kajang. Janji itu, satu pengakuan yang sangat jujur. "Pada pandangan saya, orang Kajang perlukan seseorang yang bukan sahaja boleh menyuarakan isi hati mereka, tetapi juga sentiasa dilihat berada di sana (Kajang), boleh dihubungi dan wakil rakyatnya sentiasa ada di sana".demikian kata calon Bn itu sebaik diumumkan sebagai calon Bn bagi PRK Kajang.

PRK Kajang, adalah pilihanraya kecil hasil rekayasa Anwar Ibrahim, yang mempunyai beberapa tujuan:- menyelesaikan kemelut PKR di Selangor, Anwar memerlukan flatform untuk menakluki Putrajaya, dan laluan mudah bagi Azmin menjadi Menteri Besar Selangor. Selain itu, Anwar akur dengan strategi DAP, agar PAS tidak berkesempatan dilantik sebagai MB Selangor, jika krisis antara Azmin dan Khalid terus merunsing. Kehadiran Anwar, boleh menolak sepenuhnya peluang Pas, itulah sebenarnya salah satu tujuan PRK Kajang.

Kehadiran Mei Fun sebagai calon PRK Kajang, dilihat tidak mudah bagi Anwar untuk menang. Mei Fun selain anak jati Selangor, beliau juga seorang yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti. Jika pengundi Kajang melihat seorang wakil rakyat yang mempunyai kredibliti dan bebas masalah, maka mereka tiada pilihan selain mengundi Mei Fun pada 23 Mac nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Jika Datin Paduka Chew menjadi ADUN Kajang, dia akan memperjuangkan sepenuh hatinya untuk mempertahankan kalimat Allah drp digunakan dlm bible. Dia ada banyak masa untuk itu.

Anonymous said...

Jika Anwar menang pulak, tak benarkan anak lelaki keluar sendirian, takut dijubur oleh Anwar.

Anonymous said...

Dicadangkan UMNO buat solat hajat dan bacaan tahlil di semua masjid Kajang, untuk kemenangan calon BN, macam yg pernah dibuat untuk Kamalanathan PRK Hulu Selangor dulu, supaya berkat.

Blog Archive