Latest News

PRK Kajang: Perbalahan Antara Pemimpin Muda PR Hanya Satu Sandiwara

Pemuda Pas Pusat membuat kenyataan, bahawa persetujuan PAS bagi Dato Seri  Anwar Ibrahim sebagai calon PR bagi PRK Kajang, tidak semestinya menyokong Ketua Pembangkang itu untuk dilantik MB Selangor sekiranya menang, sehingga memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletakan jawatan.

Kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat Suhaizan Kalat agar semua pihak khususnya penyokong atau pemimpin PR berhenti bercakap berkaitan kedudukan jawatan MB Selangor. Berkaitan kenyataan itu, Ketua AMK Johor Khairil Adanan membidas Suhaizan, sambil memberi alasan, bahawa Anwar sebagai pemimpin bertaraf dunia, selain pemimpin anugerah Tuhan, sepatutnya dialu-alukan, kerana beliau boleh menyatukan pemimpin PR di peringkat negeri Selangor, selain dapat menyelesaikan konflik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Sebaik sahaja Anwar dicalonkan, reaksi awal Pemuda Pas Selangor adalah membantah pencalonan itu, selain memberi syarat agar penjelasan perlu diberikan atas sebab apa ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakan jawatan. Pemuda Pas Selangor malah memberi amaran akan memboikot PRK Kajang. Namun, beberapa hari lepas, tindakan Pemuda Pas Selangor seperti kerak nasi, terkena air maka lunak, kini telah akur dengan pemilihan Anwar sebagai calon bagi pihak PR, hanya kenyataan Pemuda Pas yang membuat pendirian menyokong pencalonn, tetapi tidak menyokong Anwar dilantik sebagai MB Selangor.

Kenyataan seperti ini, akan lenyap sebaik sahaja, PRK Kajang diambang pintu, kerana perbalahan yang seolah-olah serius sebenarnya satu sandiwara, agar nama Anwar terus diperkatakan.

Pihak Bn, jangan sampai hanyut dengan perbalahan yang nampak menghalang kemenangan Anwar; sebaliknya menumpuhkan kepada PRK itu, jika diadakan. Bn perlu kaedah bagaimana menarik sokongan kaum cina, yang dicap sebagai pengundi yang telah membuat pilihan sebagai penyokong PR. Pengundi cina DUN Kajang yang merupakan 40 peratus daripada daftar undi yang berjumlah 38,965 merupakan undi penentu pada PRK itu. Pada PRU-13 lalu, calon PKR menang dengan majoriti 6,824 apabila calon PKR mendapat 19,571 lawan 12,747 yang diperolehi calon Bn daripada MCA. 

Pada dua PRU yang lalu, disebabkan sokongan kaum cina telah bulat diberikan kepada calon-calon PR, maka harapan pada PRK nanti, pola itu tidak berterusan, memandangkan parti-parti yang berasas kaum cina yang merupakan parti komponen, telahpun menukar kepimpinan masing-masing.

Jika pada PRK kali ini, jika calon daripada Bn, masih belum mampu menarik sokongan kaum cina, memang benarlah bahawa kaum cina telah membuat keputusan muktamad, bahawa mereka telah "dump" Bn, sehingga parti yang memerintah negara sejak merdeka itu rebah.

0 Response to "PRK Kajang: Perbalahan Antara Pemimpin Muda PR Hanya Satu Sandiwara"

Blog Archive