Wednesday, February 05, 2014

Pemecatan Kakitangan Anak Syarikat PKNS- Apa Kata Anwar?

KALAU sekiranya pemecetan kakitangan berlaku di negeri-negeri yang diperintah Bn, pasti dah kecoh besar. Balaci PR dah jadikannya isu besar. Disebabkan pemecatan itu berlaku di Selangor, maka mereka buat tak tahu, macam tiada pun yang berlaku.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn. Bhd. (PHSB).

Sementara itu, penasihat Ekonomi Selangor, sehingga posting ini dibuat, tidak memberi kenyataan apa-apa berkaitan dengan pemecatan itu, seoalah-olah beliau bersetuju dengan tindakan Pengurusan PHSB.

PHSB pada Isnin memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

No comments:

Blog Archive