Kuching: Wakil media berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) susulan spekulasi bahawa Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan persaraannya di mesyuarat majlis tertinggi parti itu.
Wartawan mula tiba di ibu pejabat parti seawal pukul 9 pagi dan mesyuarat hanya bermula pada pukul 10 pagi.
Taib tiba sekitar pukul 10.06 pagi dan disambut oleh lebih 200 penyokongnya yang turut membawa sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri itu.
Mengenakan baju batik rasmi parti tersebut, Taib turut diiringi oleh dua timbalan presiden parti, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta beberapa pemimpin kanan parti tersebut.
Beliau dibawa terus ke bilik mesyuarat di tingkat atas bangunan tersebut dan tidak berhenti bertemu wartawan.
Spekulasi persaraannya mula diperkatakan umum pada Selasa selepas laporan akhbar Berita Hari melaporkan yang beliau akan mengumumkan persaraannya pada minggu ini.

No comments:
Post a Comment