Thursday, February 06, 2014

Kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim Semakin Tergugat

Kedudukan Menteri Besar Selangor-Tan Sri Khalid Ibrahim semakin tergugat. Selain kebarangkalian bahawa beliau akan diminta meletakkan jawatan apabila Anwar menang pada PRK Kajang untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu mengambil alih kedudukan beliau.


Selain itu, kemelut yang berlaku pada anak Syarikat PKNS yang memecat lebih 20 kakitangan kanannya juga menjadi faktor mendesak Khalid meletakkan jawatan.


Ahli Parlimen PKR bagi P112 Kuala Langat Abdullah Sani bin Abdul Hamid, mendesak agar Khalid meletakan jawatan, atas sebab tindakan MB itu banyak mengharu birukan keadaan di Selangor. Beliau menyifatkan Abdul Khalid melakukan banyak 'perkara-perkara mengarut' ketika mentadbir Selangor, untuk itu Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat (MPP) PKR parti itu sudah membuat ketetapan Abdul Khalid harus digantikan dengan pemimpin lain.

No comments:

Blog Archive