Saturday, February 08, 2014

Anwar Sudah Tunjuk Bongkak

Anwar dengan bongkaknya mendakwa, bahawa jika beliau jadi MB Selangor, sekaligus ketua PR bagi negeri itu, maka Umno akan lumat.

Hakekat yang terlupa oleh Anwar, bahawa kekuatan PR bukan daripada kaum melayu, melainkan daripada kaum cina. Berapa kah MP atau ADUN PKR daripada kaum melayu? 

PRU-13, majoriti kawasan melayu dimenangi Umno, sehingga parti tunjang Bn itu merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dewan rakyat (88 kerusi). Bagaimana kah Anwar mendakwa bahawa apabila dia mengetuai Selangor, maka Umno akan lumat? mungkin di Selangor, keadaan itu akan berlaku, namun bukan di negeri-negeri lain.

Anwar, berbangga kerana kaum cina sudah menolak Bn, atas sebab itu, pada PRK Kajang, beliau merasa yakin akan menang besar, kerana mendapat sokongan padu daripada kaum cina. Memang, Dun Kajang merupakan kawasan campuran, namun pengundi melayu terbagi tiga, antara Umno, Pas dan PKR, sementara pengundi cina bulat pada PR,atas sebab itu, untuk masa ini, sukar bagi calon Bn menang.
 
Keputusan PRK Kajang tidak mengubah status quo bagi kerajaan Selangor, kerana kedudukan kerusi PR 44 berbanding Bn 12.
 
Dalam politik senantiasa ada kejutan. Tidak semestinya trend PRU-12 dan PRU-13 senantiasa belaku bagi pengundi cina. Suatu ketika dahulu, misalnya pada PRU-2004, pemimpin utama DAP antara lain Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan masing-masing, keadaan yang sama mungkin sahaja berlaku pada PRK Kajang.
 
Yang Anwar terlupa, bahawa kawasan Kajang penyandangnya silih berganti, sejak PRU 1986, ertinya pengundi Kajang sukar diramal, siapa yang bakal mereka pilih untuk mewakili mereka.
 
Bagi Anwar yang mahu sangat kerusi MB Selangor, sebagai batu loncatan menjadi Perdana Menteri, jangan dulu pepeskan lada untuk burung yang sedang terbang, nanti kempunan untuk kesekian kalinya.
 
Anwar kini, sedang rancak berkempen di Kajang, meskipun penamaan calon hanya akan berlaku pada 11 Mac depan. Sebabnya Ketua Umum PKR itu, takut kempennya tidak berjalan dengan baik, ekoran kes sodomi IInya akan didengar bermula 12 Februari ini.

No comments:

Blog Archive