Anwar menawarkan permufakatan Nasional, bagi membendung gejala yang boleh menjurus kepada kehancuran negara.
Perbalahan antara umat islam dan penganut kristian berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, desakan pelampau melayu Perkasa, selain ugutan kononnya ada usaha menukar agama persekutuan daripada islam kepada agama lain; antara faktor yang dilihat Ketua Pembangkang itu untuk mengwujudkan permaufakatan nasional.
Sejak Anwar melontar pelawaan itu dua hari lalu, hanya seorang pemimpin Bn atau Umno yang memberi kenyataan bersetuju dengan pelawaan itu. Pemimpin Bn atau Umno itu adalah Dato Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dan mempunyai kedudukan Naib Presiden Umno.
Zahid memang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, semasa Anwar masih dalam Umno.
AYT masih muskil, mengapa hanya Zahid yang memberi reaksi positif terhadap pelawaan Anwar itu? Apa kah pemimpin lain, masih meragui pelawaan itu? kerana latar belakang Anwar, walaupun perjuangannya jelas, namun banyak keraguan atau tidak ikhlas.
Para pemimpin Umno yang ada sekarang pernah berkhidmat semasa Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Perdana Menteri, kecuali pemimpin muda seperti Dato Rahman Dahalan, Dato Razali Ibrahim atau Khairy Jamaluddin.
Sejak Anwar melontar idea itu, tiada seorangpun pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri memberi kenyataan menyokong atau menolak, sebaliknya semua berdiam diri; sama halnya dengan pemimpin Bn.
Atau ramai yang menganggap bahawa pelawaan Anwar itu dianggap sebagai gimik politik oleh setengah pihak; kerana Anwar mahu menuntup aibnya sendiri ekoran larangan kerajaan Jepun memasuki negara itu, sehingga aibnya yang dipenjarakan pada tahun 1999 dikorek semula.
Atau para pemimpin lain merasa bahawa pelawaan Anwar itu mendahului pemikiran mereka, sehingga mereka menganggap pelawaan itu tidak perlu dilayan, kerana ianya memberi merit positif kepada Anwar?
AYT melihat, jika pelawaan Anwar itu disambut baik oleh BN atau pemimpin PR, maka akan menjadi catatan sejarah bahawa punca huruhara politik yang berlaku di negara ini sejak tahun 1998 yang disebabkan oleh Anwar, maka mengembalikan keadaan aman damai dalam negara juga disebabkan oleh Anwar sendiri.
Di sini lah akan terlihat ego masing-masing pemimpin dalam negara ini; apa kah mereka akan mengorbankan ego mereka demi kemakmuran, keamanan negara yang didiami berbilang kaum dan agama.
1 comment:
Pertama kali cadangan yang kelihatan paling 'constructive' yang keluar dari mulut Anwar sendiri. Kenapa kita harus sentiasa berperasangka buruk? Harap kemelut dinegara ini tidak akan sampai ketahap titik 'no U turn'.
Post a Comment