Showing posts with label Permaufakatan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Permaufakatan Nasional. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Najib Tidak Perlu Layan Anwar

Isu Pengosongan DUN Kajang, pada mulanya ditulis oleh wartawan politik The Star Jocelyn Tan. Wartawan itu malah menulis, tujuan pengosongan itu adalah untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Sehari selepas tulisan itu tersiar, Anwar dengan pantas menafikan dakwaan itu, malah Khalid Ibrahimpun menafikannya.

Akan tetapi, terbukti bahawa dakwaan JT itu benar, sebab pada Isnin, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan, bahawa ADUN Kajang Lee Chin Cheh datang sendiri ke pejabatnya untuk menyerahkan surat letak jawatan. Dalam perkara ini, siapa yang bercakap betul?? Malah hari ini MPP PR telah menamakan Anwar sebagai calon PR bagi PRK Kajang, Khalid Ibrahim yang mengumumkannya, turut hadir Lim Kit Siang dan Salahudin Ayub.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Anwar mengumumkan Gerakan 16 Septembernya pada tahun 2008. Kata-kata popularnya.. "We have the numbers" dan dalam gerakannya itu, kononnya beberapa MP daripada Sabah dan Sarawak akan menyertai PR, untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6; malah kereta peribadinyapun sudah bernombor 6. Selain itu, bagaimana Anwar menuduh kerajaan Jepun berkonspirasi dengan kerajaan Malaysia, sehingga beliau dihalang masuk ke negara matahari terbit itu. Anwar sebenarnya terlupa, bahawa Jepun melarang bekas banduan memasuki negara itu.

Najib kena hati-hati terperangkap dengan ajakan Anwar berkaitan dengan permufakatan nasional, kerana sebenarnya sebelum PRU-13 telahpun ada persetujuan antara Anwar dan Najib yang diatur oleh mantan Naib Presiden Indonesia J.Kala; bahawa apa sahaja keputusan PRU-13 perlu diterima dengan lapang dada, namun apa yang berlaku? Anwar dan koncoh-koncohnya menolak, sambil berdemonstarsi selama sebulan melalui jelajah 505; malah berbagai dakwaan kepada SPR termasuk menuduh terdapatnya 40,000 orang bangla mengundi dalam PRU itu; yang akhirnya semua palsu dan penipuan.

Tetapi AYT agak terkejut, apabila Naib Presiden Umno pertama yang juga Menteri Dalam Negeri- Datuk Zahid Hamidi, memberi pandangan, bahawa seharusnya pemimpin Bn perlu menerima/mempertimbangkan saranan Anwar berkaitan permaufakatan Nasional. Dalam isu ini, AYT agak terkejut juga, kerana Zahid yang begitu steady dan garang, tetiba menjadi lunak. Apakah beliau masih teringat nostalgia semasa mentornya masih dalam Umno?

Dua pemimpin Sabah yang AYT terbaca komen mereka, yang pertama komen Speaker DUN Sabah- DSP Dr Salleh Tun Said, dan kedua MP Kota Belud yang juga Mneteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan- Dato Rahman Dahalan. Menurut Salleh, Anwar bercakap berkaitan kemelut/masalah yang berlaku di negeri Selangor dan Pulau Pinang, kenapa melibatkan seluruh negara? Mengapa melibatkan Perdana Menteri? manakala Rahman pula, Anwar perlu selesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri yang diperintah PR, sebelum cuba mengajak kerajaan Persekutuan berdailog.

Nampaknya, Anwar mahu mengajak orang lain dalam hal ini Najib untuk menyelesaikan masalah mereka; untuk itu, sebaiknya Najib jangan melayan saranan Anwar itu, kerana jangan lupa peribahasa.. melepas anjing tersepit.

Monday, January 27, 2014

Permaufakatan Nasional- Ikhlas Kah Anwar?

Anwar menawarkan permufakatan Nasional, bagi membendung gejala yang boleh menjurus kepada kehancuran negara.

Perbalahan antara umat islam dan penganut kristian berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, desakan pelampau melayu Perkasa, selain ugutan kononnya ada usaha menukar agama persekutuan daripada islam kepada agama lain; antara faktor yang dilihat Ketua Pembangkang itu untuk mengwujudkan permaufakatan nasional.

Sejak Anwar melontar pelawaan itu dua hari lalu, hanya seorang pemimpin Bn atau Umno yang memberi kenyataan bersetuju dengan pelawaan itu. Pemimpin Bn atau Umno itu adalah Dato Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dan mempunyai kedudukan Naib Presiden Umno.

Zahid memang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, semasa Anwar masih dalam Umno.

AYT masih muskil, mengapa hanya Zahid yang memberi reaksi positif terhadap pelawaan Anwar itu? Apa kah pemimpin lain, masih meragui pelawaan itu? kerana latar belakang Anwar, walaupun perjuangannya jelas, namun banyak keraguan atau tidak ikhlas.

Para pemimpin Umno yang ada sekarang pernah berkhidmat semasa Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Perdana Menteri, kecuali pemimpin muda seperti Dato Rahman Dahalan, Dato Razali Ibrahim atau Khairy Jamaluddin.

Sejak Anwar melontar idea itu, tiada seorangpun pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri memberi kenyataan  menyokong atau menolak, sebaliknya semua berdiam diri; sama halnya dengan pemimpin Bn.

Atau ramai yang menganggap bahawa pelawaan Anwar itu dianggap sebagai gimik politik oleh setengah pihak; kerana Anwar mahu menuntup aibnya sendiri ekoran larangan kerajaan Jepun memasuki negara itu, sehingga aibnya yang dipenjarakan pada tahun 1999 dikorek semula.

Atau para pemimpin lain merasa bahawa pelawaan Anwar itu mendahului pemikiran mereka, sehingga mereka menganggap pelawaan itu tidak perlu dilayan, kerana ianya memberi merit positif kepada Anwar?

AYT melihat, jika pelawaan Anwar itu disambut baik oleh BN atau pemimpin PR, maka akan menjadi catatan sejarah bahawa punca huruhara politik yang berlaku di negara ini sejak tahun 1998 yang disebabkan oleh Anwar, maka mengembalikan keadaan aman damai dalam negara juga disebabkan oleh Anwar sendiri.

Di sini lah akan terlihat ego masing-masing pemimpin dalam negara ini; apa kah mereka akan mengorbankan ego mereka demi kemakmuran, keamanan negara yang didiami berbilang kaum dan agama.

Blog Archive