Latest News

Kerajaan Tidakpun Terguling

Nafsu besar pakatan pembangkang, kononnya mahu mengulingkan kerajaan, melalui Himpun Turun, di Dataran Merdeka, sempena menyambut tahun baru 2014; tidak mendapat sambutan orang ramai.

Kehadiran peyokong Turun, hanya mampu menarik kira-kira 3,000 orang, meskipun beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, turut hadir seperti Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub turut berucap.

Orang ramai sebenarnya telah bosan dengan karenah pemimpin serta penyokong mereka, yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Tindakan peserta himpun yang hanya mampu membaling botol-botol minuman ke atas pentas dan merempuh pentas utama, adalah tindakan anak-anak jalanan yang nakal.

Sebenarnya, tahun ini adalah tahun ke-3 penyokong dan pemimpin pakatan rakyat memanfaatkan kedatangan orang ramai yang datang ke Dataran Merdeka, selain beriadah dan berhibur.

Sambutan yang dingin, seperti maalam ini terhadap usaha pakatan rakyat mempengaruhi orang ramai, seharusnya menjadi pengajaran kepada mereka, pada tahun hadapan, bahawa orang ramai tidak berminat lagi pada sebarang tindakan mereka.

2 Responses to "Kerajaan Tidakpun Terguling"

Mohd Azam Mohd Yusof said...

Cepatnya habis demo haram ni..ingatkan beminggu2..tak best la..tukarlah tema lain..tema guling gerun sangat bunyinya tak sepadan dengan beberapat kerat saja yg datang..

musli oli said...

macamana kerajaan terguling kalau mperhimpuan bukan mengguling kerajaan??

Blog Archive