Latest News

Isu Kalimah ALLAH: Bakal Menghancurkan Negara

DISEBABKAN dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara.

Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang.

Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya.

Awal minggu ini, Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah.

Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini awal minggu ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka.

Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara.

Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselubung, agar negara berkicai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama.

Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama.

Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. contoh:allah kau ini, ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini.

Penulis mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau GOD.

0 Response to "Isu Kalimah ALLAH: Bakal Menghancurkan Negara"

Blog Archive