Wednesday, January 01, 2014

Guling Kerajaan: Penyedia Skrip Gagal

PENYEDIA SKRIP GULING KERAJAAN memang mengetahui- Tindakan mereka tidak akan mendapat sambutan orang ramai; Mereka mengetahui jumlah mereka sedikit; Untuk itu, mereka mengambil peluang kehadiran orang ramai, seolah-olah mereka mendapat sokongan. Gambar orang ramai itu, mereka muat turun di berbagai saluran, termasuk youtube, tujuannya untuk mengabui pandangan masyarakat dunia.

Sesuai dengan skrip, ada dikalangan penyokong mereka membuat tindakan agresif termasuk merosak harta benda, merempuh astaka persembahan, membaling berbagai benda ke atas pentas termasuk botol-botol, dan semua ini dirakam, dengan footnote: rakyat marah kerajaan, inilah buktinya. Selain itu, tindakan itu, agar pihak polis bertindak, dan semuanya akan dirakam, dengan footnote: Polis negara zalim; menindas rakyat yang tidak bersenjata.

Sebenarnya, kehadiran kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat itu, adalah topeng kepada penyedia skrip, yang mahu merampas kuasa dalam negara bukan melalui demokrasi. Mereka mahu berlaku, sepertimana yang berlaku di Mesir mahupun Thailand, di mana sistem demokrasi diperlekeh.

Malangnya, penyedia skrip gagal membaca fikiran dan hati rakyat negara ini, di mana bukan sahaja majoriti rakyat menyokong keamanan, menyokong sistem bernegara negara, malah menolak secara total, rancangan jijik pihak-pihak tertentu ini.

Penyedia skrip sebenarnya mempunyai dua pelan untuk mendapatkan kuasa. Pelan A mereka adalah melalui pilihanraya, pelan B mereka melalui kemarahan rakyat. Antara elemen dalam pelan B mereka itu, adalah menaikan harga barangan secara sistematik, kerana sebahagian besar rangkaian perdagangan dalam negara dikuasai oleh penyokong atau simpatisan mereka. Faktanya, pusat perdagangan dalam negara tertumpu di bandar-bandar besar utama, dan semua kawasan ini adalah wilayah pembangkang, kecuali Kangar, Putrajaya dan Johor Baharu.

Penyedia skrip, akan melakukan postmortem terhadap kegagalan mereka; dan akan melakukan tindakan untuk menghalalkan cara mereka. Pihak kerajaan, tidak boleh berpeluk tubuh dengan pendektan yang sama; kerajaan perlu bertindak "beyond" pemikiran pihak-pihak tertentu ini.

No comments:

Blog Archive