Thursday, January 30, 2014

Anwar Jadi MB Selangor: Apakah Sultan Akan Perkenan?

UMUM mengetahui, Sultan Selangor juga maklum, bahawa Anwar adalah bekas banduan. Selain itu, Ketua Pembangkang itu masih berdepan Liwat 2 yang masih belum selesai.

Apa kah kriteria itu bolah menghalang Anwar jadi MB? Jika Sultan Selangor menggunapakai alasan itu, maka Anwar tidak akan dapat jadi MB Selangor, walaupun menang PRK Dun Kajang.

Kedudukan ADUN Selangor selepas PRU-13, PAS:15; DAP:15; PKR:14 dan BN:12 daripada 56 kerusi. Keputusan PRK Kajang tidak mengubah status quo, kerana yang meletak jawatan adalah ADUN PKR.

Berbagai senario boleh berlaku, jika Anwar memaksa dilantik sebagai MB. Berlatar belakang masalah peribadinya, besar kemungkin semua ADUN PAS menolaknya, dan mungkin disertai 2-3 ADUN PKR yang beragama islam. Jika ini berlaku, maka sokongan ADUN kepada Anwar tidak mencukupi untuk membuat tekanan atau desakan kepada Sultan untuk melantiknya. Besar kemungkinan Sultan akan meminta nama lain untuk disyorkan sebagai MB atau MB sekarang akan meneruskan tugas.
 
Tujuan Anwar meminta Lee Chin Cheh meletakan jawatan sebagai ADUN Kajang adalah untuk membolehkan beliau dilantik sebagai MB Selangor, selain itu untuk mengatasi konflik yang direka khas oleh Azmin bagi membolehkan teman setianya itu menjadi MB.
 
Kini, kita ketahui, bahawa konflik yang seolah-olah wujud antara Azmin dan Khalid sebenarnya adalah satu skrip yang dibuat Anwar bagi menyingkirkan MB pilihan Presiden PKR itu. Adalah menjadi pengetahuan Umum, bahawa Khalid Ibrahim adalah pilihan Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk menjadi MB Selangor.
 
Skrip Anwar itu, setakat ini telah berjaya, namun hajatnya untuk menjadi MB akan terletak di tangan Sultan Selangor. Latar belakang Anwar sudah tentu akan menjadi pertimbangan Sultan sebelum memberi perkenan perlantikan. Sama-sama kita tunggu senario berikutnya.

No comments:

Blog Archive