Monday, January 27, 2014

Anwar Bakal MB Selangor?

Lee Kiri dikatakan sudah menghantar surat pengosongan DUN N25 Kajang
Bagi menamatkan konflik antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Negeri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Anwar terpaksa meminta salah seorang ADUN parti itu untuk mengosongkan kerusi bagi memboleh pilihanraya kecil (PRK) diadakan dan Ketua Pembangkang itu bakal bertanding untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Dikhabarkan ADUN PKR bagi DUN N25 Kajang dalam Parlimen P101 Hulu Langat Lee Chin Cheh sudahpun menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh bagi maksud mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.

Pada PRU-13 lalu, Lee mengalahkan calon barisan nasional dengan memperolehi undi 19,571 dengan majoriti 6,824 undi. N25 Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar pada PRU-13.

DUN N25 Kajang dikatakan kawasan yang selamat bagi Anwar, kerana Parlimen Hulu Langat adalah diwakili Pas melalui Che Rosli Bin Che Mat. Pada PRU-13 lalu, Rosli mendapat 64,127 undi mengalahkan calon Bn Adzhaliza Mohd Nor yang mendapat 46,860 undi.

P/s Terkini: Hannah Yeoh sahkan Lee Chin Cheh sah mengosongkan DUN N25 Kajang bermula hari ini.

No comments:

Blog Archive