Sunday, December 01, 2013

Perhimpunan Agung Umno 2013: Apa Yang Parti Cari?

Esok (Isnin) Perhimpunan Agung Umno tahun 2013 (PAU 2013) bermula di PWTC, Kuala Lumpur. Hampir 6,000 perwakilan akan menyertai (hampir 2,600 untuk Persidangan induk), sementara pemerhati mencecah ribuan. 

Walaupun PAU kali ini dikatakan tidak begitu menarik, ekoran selesainya PRU-13 dan pemilihan Umno, akan tetapi berbagai pihak ingin mengetahui arah tuju parti untuk memastikan parti itu tetap relevan.

Selain itu, PAU kali ini, mahu melihat bagaimana soladiriti saf kepimpinan baru parti itu terutama berdepan dengan PRU-14.

Umno perlu mencipta arah tuju yang sesuai dengan perkembangan zaman, jika tidak, parti itu pasti tidak akan mampu bertahan pada zaman informasi yang terbuka ini.

Bukan sahaja parti yang perlu mengubahsuaikan diri, akan tetapi yang utama adalah pemimpin parti itu, perlu berubah sesuai dengan kehendak rakyat.

Umno perlu menjadi Hero kepada rakyat keseluruhannya, bukan hanya untuk kaum melayu; kerana yang menentukan dalam pilihanraya umum, bukan hanya terletak kepada kaum melayu, akan tetapi di semua peringkat kaum.

Umno perlu mempoteritkan dirinya sebagai pembela kepada semua, walaupun pada masa yang sama memberi perhatian khusus kepada kaum melayu, yang masih tertinggal dalam serba serbi.

Sudah tiba masanya, Umno mengulangi perjuangannya Demi Agama, Demi Bangsa dan Demi Negara, diperbahrui dan diperhalusi, kerana asas perjuangan ini, akan kekal sepanjang hayat, selagi adanya negara yang di namakan MALAYSIA.

Umno kena ingat, bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat, telah mengubah pendekatan, Parti-Parti pembangkang itu, terutama DAP, telah melakukan pendekatan baru, dengan menyatakan, bahawa DAP sama sekali tidak menolak kepimpinan melayu, melainkan mereka mengajak rakyat supaya menolak Umno dan barisan nasional, kerana menurut mereka, kerajaan Bn hanya menguntungkan rakyat terpilih, dan kerajaan yang penuh rasuah.

Jangan ambil mudah pendekatan ini, kerana rakyat, terutama generasi muda yang tidak mengalami kepertitan hidup di awal negara membangun, akan mudah menerima pendekatan itu.

Pemimpin Umno, perlu melupakan nostalgia lampau, perlu melupakan sifat bangsawan, kerana faktor itu boleh menjadi faktor memperkecil sokongan kepada Umno.

Parti kena luwes dan perlu sesuai dengan semua situasi dan kondisi; agar rakyat merasa dekat dengan parti itu.

Elakkan parti bersifat terlalu eklusif dan mewah, kerana ianya boleh menjadi bahan politik pembangkang, untuk menimbulkan kebencian kepada parti dan pemimpinnya.

No comments:

Blog Archive