Tuesday, December 31, 2013

Kos Sara Hidup: Mengurangkan Gaji Menteri Bukan Satu Penyelesaian

SEBELAS Langkah yang diumumkan Perdana Menteri sebagai reaksi kepada rungutan rakyat berhubung kenaikan sara hidup akibat pengurangan subsidi minyak, gula dan kenaikan tarif litrik, bukan lah satu cara yang boleh mendorong menurunkan harga barang.

Langkah itu, hanya menybebkan penjimatan kepada perbelanjaan kerajaan, bukannya berimplikasi kepada harga barangan, khususnya barangan keperluan asas.

Harga barangan yang naik kononnya disebabkan oleh faktor subsidi, sebenarnya tidak selalu benar; atas sebab penentuan harga dalam sistem pasar terbuka ditentukan oleh kekuatan penawaran dan permintaan.

Berhubung dengan harga keperluan asas yang meningkat, adalah disebabkan oleh penawaran yang lebih rendah berbanding dengan permintaan. Penawaran dipengaruhi oleh keadaan semasa, seperti bencana alam, larangan import barangan tertentu, samada oleh negara pengeluar mahupun negara.

Persoalan utama yang melanda negara sekarang, adalah satu fenomena kenaikan harga barangan yang seolah-olah tidak terkawal;  sepertinya harga barangan diatur sedemikian rupa; oleh mereka yang terlibat dengan rangkaian perdagangan; tujuan akhirnya adalah untuk mengwujudkan suasana panik dan resah di kalangan orang ramai.

Kenaikan harga barangan tertentu, sebenarnya satu ciptaan oleh mereka yang mengawal barangan itu, dan mereka bertindak monopoli, sehingga orang ramai tiada pilihan mendapatkannya daripada pihak lain, kerana keadaan pasaran sudah berada pada keadaan oligopoli.

Tindakan kerajaan  memperkenalkan penswastaan terhadap barangan yang mana suatu masa dahulu dikawal oleh kerajaan; dan apabila diberikan kepada pihak-pihak tertentu, maka kerajaan tiada kemampuan mengawal lagi; dan akibatnya apabila kerajaan memperkenalkan polisi seperti penyusunan subsidi, maka pihak-pihak tertentu itu memanfaatkan keadaan itu.

Apa yang boleh dibuat oleh kerajaan pada masa ini, adalah untuk kembali menasionalisikan rangkaian perdagangan barangan asas, untuk mengurangkan mata rantai perdagangan, tujuannya untuk mengurangkan kos yang terlibat, bukannya mengambil pendekatan mengurangkan elaun menteri atau pegawai yang berpangkat tinggi.

No comments:

Blog Archive