Friday, October 11, 2013

Sebenarnya Dari Dahulu PDRM cekap

MUNGKIN benar kata Bekas IGP Tan Sri Musa Hassan, ada campur tangan pihak-pihak tertentu terhadap operasi atau pengurusan PDRM, atas sebab itu, tugas-tugas polis semasa beliau masih IGP kurang berkesan.

Melihat kepada kejayaan demi kejayaan PDRM sejak akhir-akhir dalam membentras jenayah, nampaknya PDRM mengembalikan auranya.

Kepantasan PDRM melumpuhkan penjenyah dilakukan dengan masa yang sungguh singkat, menunjukkan bahawa agensi itu memang mempunyai kepakaran membenteras jenayah.

Kejayaan PDRM akhir-akhir ini seolah-olah agensi itu mendapat lampu aladdin, manakan tidaknya, dalam tempoh 5-6 tahun lalu, perompak kedai emas misalnya, hanya menjadi cerita semalam; kerana sukarnya menangkap pelakunya apatah lagi melumpuhkannya.

Salah satu lagi kejayaan PDRM adalah bagaimana cepatnya tertangkap pembunuh Pengasas AMBANK, dan mengetahui dengan cepat dalangnya. 

Sememangnya PDRM punya kecekapan daripada dahulu, hanya mungkin semangat mereka menurun, kerana kurang mendapat sokongan politik 5-6 tahun lalu.

Apa kah kerana pergantian Menteri, maka semangat PDRM kembali? atau kah kini mereka mempunyai kebebasan bertindak sesuai dengan kepakaran mereka membenteras jenayah dikembalikan kepada pasukan itu?

No comments:

Blog Archive