Monday, October 14, 2013

Pemilihan Umno: Ada Kecenderungan Mempertahankan Status Quo

TREND pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu enggan mengundi untuk melakukan perubahan pada kedudukan teratas.

Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.

Berasaskan kepada kecenderungan itu, pertandingan bagi Naib Presiden yang menjadi tumpuhan pada kali ini ada kemungkinan besar bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.

Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.


Pencabar bagi jawatan Naib Presiden (dari kiri), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pemeilihan pada 19 Oktober adalah dijangka trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Para calon yang merupakan penyandang dan berkedudukan menteri/timbalan menteri baik di peringkat persekutuan atau negeri akan mempunyai kelebihan.

No comments:

Blog Archive