Sunday, October 20, 2013

Naib Presiden Umno: Akhirnya Penyandang Juga Yang Menang

Keputusan tidak rasmi yang berjaya diperoleh pada jam 12.00 tgh malam tadi telah menyaksikan DS Zahid Hamidi, DS Shafie Apdal dan DS Hishamuddin Hussein telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal baharu. DS Zahid dan DS Shafie telah berjaya melepasi 96 undi lebih awal sekitar jam 7.00 ptg tadi. Manakala DS Hishammuddin pula berjaya walaupun diekor rapat oleh Dato’ Mukhriz dengan kedudukan terkini masing-masing pada 96 undi dan 85 undi.

Dengan ini, secara tidak rasmi terjawablah persoalan pelbagai pihak tentang siapakah bakal meneraju UMNO untuk menghadapi PRU-14. Dengan formula yang sama pada peringkat tertinggi, adakah UMNO boleh merubah corak kepimpinan untuk mengekalkan sokongan Melayu dan mendapatkan sokongan kaum Cina. Ini adalah persoalan yang hanya boleh terjawab selepas PRU-14.

Sekalung tahniah diucapkan kepada DS Zahid, DS Shafie dan juga DS Hishammuddin dan selamat menerajui UMNO dengan lebih berjaya.

No comments:

Blog Archive