Tuesday, October 15, 2013

Naib Presiden Umno: Akan Adakah Bahagian-Bahagian Berani Menongkah Status Quo?

Bahagian yang bakal menongkah arus status quo, hanya pada bahagian di mana calon itu merupakan Ketua Bahagian.

Keadaan ini merupakan cabaran kepada calon-calon bukan penyandang- Datuk Mukhriz, Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad.

Mungkin bahagian-bahagian di Kedah akan menongah arus status quo, atas sebab Mukhriz adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, namun apa akan jadi pada Ali dan Isa, sedangkan mereka hanya ketua bahagian di kawasan masing-masing.

Jelas melalui Electoral College atau Undi ditentukan bahagian-bahagian, lebih mengutungkan penyandang yang mempunyai jawatan menteri.

Secara logiknya, tiada Bahagian yang berani menongkah arus status quo, memnadangkan tiga penyandang mempunyai kedudukan yang amat penting.

Datuk Seri Zahid Hamidi merupakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula merupakan Menteri Pertahanan, manakala Datuk Seri Shafie Apdal Menteri KKLW.

Manakala Mukhriz hanya Menteri Besar, di mana kuasanya hanya di negeri Kedah; Tan Sri Isa pula hanya pengerusi Felda, dan Datuk Ali Pengerusi PUNB.

Adalah logik, tiada Ketua Bahagian yang terang-terangan akan menolak status quo, memandangkan penyandang boleh membantu mereka, dalam meneruskan perjalanan bahagian masing-masing.

Ketua-Ketua bahagian memerlukan sumbangan projek untuk perjalanan parti; dan mereka tahu, hanya melalui menteri sahaja sumbangan itu boleh diperolehi.

Sudah terbukti melalui pemilihan sayap parti yang berakhir pada sabtu, betapa pentingnya jawatan kepada perwakilan. Khairy hampir menang 100 peratus, kecuali Bahagian Pensiangan yang berkeculai, manakala Sharizat memang besar dengan jumlah undi 172-8. Naib Wanita menang dengan 127 undi, kerana beliau merupakan Timbalan Menteri; manakala Mas Ermieyati Samsuddin kerana sebagai ahli parlimen, manakala lawannya hanya Ketua Puteri Bahagian.

Berasaskan trend pada pengundian sayap parti, nampaknya perwakilan belum bersedia melakukan di peringkat atas barisan kempimpinan. Inilah yang akan berlaku pada pemilihan 19 Oktober ini.

Sayang, jika trend tersebut tidak berubah, kerana kalau berterusan, maka Mukhriz akan tercicir.

No comments:

Blog Archive