Sunday, October 06, 2013

Krisis LDP: Fraksi Mana Yang Sah?

WALAUPUN dua fraksi kepimpinan LDP, masing-masing mengaku sebagai barisan kepimpinan parti itu; namun fraksi manakah merupakan barisan kepimpinan yang sah menurut ROS?

Lagipun kedua-dua frkasi akan mengadakan kongress pada 20 Oktober. Pada kebiasaannya, setiap kongress parti kompnen BN, Pengerusi BN atau Timbalannya akan datang merasmikannya.

Pada Tahun 2011, Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin merasmikan mesyuarat tahunan parti itu di Sandakan, manakala pada tahun 2012, Perdana Menteri sendiri merasmikannya juga di Sandakan.

Fraksi mana kah yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri? Fraksi Liew akan mengadakan kongress di Sandakan, manakala fraksi Teo dan Chin akan mengadakannya di Kota Kinabalu.

Mesyuarat Luar Biasa Fraksi Teo dan Chin berlangsung di Kota Kinabalu pada Ahad. Pada mesyuarat itu, satu undi tidak percaya perwakilan, kononnya mewakili lebih 60 peratus perwakilan parti daripada 26 bahagian kepada Liew telah diluluskan.

Pada mesyuarat hari ini, pemecatan Datuk Teo Chee Kang yang juga menteri Tugas-Tugas Khas pada Kabinet Sabah telah dibatalkan, termasuk penggantungan Datuk Chin Su Phin pada 31 ogos juga telah dibatalkan.

Namun, persoalannya, apa kah mesyuarat luar biasa parti itu hari ini yang dijalankan oleh fraksi Teo dan Chin mengikut perlembagaan parti itu? ROS dengan jelas melalui Klausa 18 (C) sebarang keputusan Parti adalah muktamad, dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Juga, pelembagaan LDP Article IV Section 15 (ix) dan Article VI Section 20 (C ); Teo dan Chin tidak lagi mempunyai kapasiti bercakap atau mengaku sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, kerana mereka telah dipecat sebelum ini. Dalam pelembagaan parti itu, ada menyatakan bahawa Presiden parti itu mempunyai kuasa memecat/melucut sebarang ahli; dan bagi ahli yang mempunyai jawatan atas sebab dipilih dalam satu-satu pemilihan, Presiden juga mempunyai kuasa memecat/melucut/menggantung; asalkan jumlah anggota yang dilakukan tindakan perlu dilantik penggantinya dari kalangan ahli parti dengan jumlah yang sama ramai.

Jika berasaskan Pelembagaan Parti itu, tindakan Liew sebenarnya sesuai dengan pelembagaan parti itu. Hanya saja pada masa ini Fraksi Teo dan Chin memainkan sentimen umum, seolah-olah mereka mempunyai locus standi.

AYT beberapa kali membaca/menganalisa pelembagaan parti itu, dan dapat disimpulkan bahawa mana-mana pengamal undang-undangpun, jika membacanya, pasti mem buat kesimpulan bahawa fraksi Liew melakukan tindakan yang betul.

No comments:

Blog Archive