Latest News

Datuk Ali Rustam: Kini Senator

Mantan Ketua Menteri Melaka- Datuk Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili DUN Melaka.

Dalam persidangan DUN negeri itu pada hari ini, Ketua Menteri Melaka- Datuk Idris Haron mencadangkan Ali sebagai Senator.

Ali bertanding Naib Presiden Umno pada pemilihan 19 oktober ini.

Apa kah perlantikan beliau itu, menjadi faktor tambahan kepada beliau untuk memenangi salah satu kerusi Naib?

Kerusi Naib Persiden parti ditandingi enam calon. Antaranya tiga penyandang- Datuk Zahid Hamidi, Datuk Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Shafie Apdal. Mereka disertai calon baru- Menteri Besar Kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan- Tan Sri Isa Samad dan Mohd Ali sendiri.

Berasaskan bancian blog ini, kedudukan Ali berada ditempat yang ke-4, di mana yang teratas adalah Datuk Mukhriz, diikuti oleh Datuk Zahid dan kemudian Datuk Shafie.

Apakah perlantikan Ali sebagai Senator dan ada peluang untuk dilantik menganggotai kabinet Persekutuan, akan memberikan beliau advantage dalam pemilihan? Tetapi yang pasti, dengan perlantikan Ali sebagai senator memperancak lagi pertandingan Kerusi Naib Presiden Parti.

0 Response to "Datuk Ali Rustam: Kini Senator"

Blog Archive