Friday, October 18, 2013

Dapatan Umum: Naib Presiden Umno Milik- Zahid-Ali-Mukhriz

ATAS asas kombinasi antara pemimpin muda dan lama, pemimpin baru dan berpengalaman, dapatan umum menjangkakan bahawa untuk pemilihan Naib Presiden calon-calon yang bakal dimenangkan oleh perwakilan adalah kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz.

Pertimbangan perwakilan adalah Zahid diperlukan dalam barisan ketiga parti atas sebab ketegasannya terutama selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Ali Rustam pula akan dipilih oleh perwakilan atas sebab pengalamannya beliau, serta hubungannya dengan akar umbi yang tidak putus-putus untuk sekian lama. Manakala Mukhriz pula merupakan idola orang muda masa kini, dan generasi muda mengharapkan kehadiran beliau dalam barisan ke tiga parti.

Pengundian di peringkat Naib Presiden, akan berbeza dengan trend pengundian bagi sayap parti, di mana pada pengundian itu lebih berpihak kepada penyandang. Alasan yang diperolehi, antara lain, tiadanya calon-calon yang benar-benar boleh mencabar bagi kedudukan penyandang bagi kerusi sayap parti.

Khairy misalnya untuk jawatan Ketua Pemuda hanya dicabar oleh Ketua Pemuda Cawangan, manakala Shahrizat, hanya dicabar di saat akhir oleh Datuk Maznah Mazlan.

Berbeza dengan Naib Presiden, sebelumpun pendaftaran calon-calon, telah jauh daripada itu, ramai yang mendesak atau menguar-uarkan bahawa Mukhriz Mahathir atau Ali Rustam akan bertanding jawatan itu dengan tujuan penyegaran parti, terutama dalam era transformasi parti.

Menurut dapatan, Perwakilan di seluruh negara akan mengekalkan Zahid, memenangkan Mukhriz, manakala Ali terpaksa bersaing sengit dengan salah seorang penyandang Shafie Apdal daripada Sabah.

Shafie dikatakan tipis harapannya mendapat undi perwakilan Sabah, kerana sebelum ini 22 bahagian daripada negeri itu, tidak "endorse" beliau memandangkan kegagalannya menterjemahkan aspirasi rakyat Sabah.

Adalah diramalkan, kekalahan Shafie, kerana gagal mendapat sokongan padu daripada bahagian-bahagian daripada Sabah. Apa-apapun, pengundian tidak sampai 24 jam lagi, segala kemungkinan akan berlaku. Namun apa yang dirasakan, perwakilan sebenarnya telahpun daripada awal-awal memutuskan pemimpin mana yang bakal diundi.

Berasaskan bancian AYT sebelah kiri atas blog ini, daripada awal-awal lagi, bahawa pengundi telah memilih kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz. Walaupun dapatan ini, tidak dapat mengwakili aspirasi perwakilan, setidak-tidaknya ianya membawa gambaran umum, bahawa tiga pemimpin yang disebutkan merupakan pilihan perwakilan.

No comments:

Blog Archive