Wednesday, October 02, 2013

Calon Majlis Tertinggi: Rahman Dahalan Dan Tawfiq Titingan

BUKAN atas dasar bahawa penulis berasal daripada Sabah. Bukan juga atas dasar bahawa Rahman adalah wakil rakyat penulis yang mewakili Kota Belud sebagai ahli parlimen.

Penulis memberi fokus kepada kebolehan, kepimpinan dan keupayaan dua pemimpin ini.

Rahman dan Tawfiq merupakan pemimpin produk Umno. Rahman sejak masih mahasiswa lagi aktif sebagai pemimpin Umno luar negara, manakala Tawfiq pula telah berkecimpung dalam Umno sejak parti itu bertapak di Sabah 22 tahun lalu.

Kedua-dua pemimpin ini telah terorentasi pada pergerakaan pemuda. Rahman pernah memegang sebagai setiausaha pemuda pusat, manakala Tawfiq pula pernah menajdi Ketua Pemuda Umno Sabah bermula tahun 2000.

Melihat kepada pencapaian mereka berdua, yang bermula daripada bawah, sudah tentunya melalui perjalanan politik, mereka memahami gerak nadi ahli Umno khasnya dan rakyat amnya.

Kedua-dua pemimpin sejak masa muda telah diberikan pendedahan yang secukupinya. Rahman bermula sebagai Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, manakala Tawfiq pula bermula sebagai Pembantu Menteri dalam jemaah menteri Sabah.

Kini, kedua-dua mereka mempunyai tugas penting untuk negara. Rahman dilantik sebagai Menteri penuh pada kabinet persekutuan selepas PRU-13, manakala Tawfik pula sebagai Menteri Penuh dalam kabinet negeri Sabah.



Di peringkat parti, Rahman adalah Setiusaha Barisan Nasional Sabah merangkap Timbalan Ketua Bahagian umno Tuaran, manakala Tawfiq pula sebagai Ketua Bahagian Umno Tawau sejak tahun 2004.

Selain masih realtif muda, kedua-dua pemimpin ini boleh disifatkan sebagai "transformer" dalam parti. Pendekatan mereka yang disukai berbagai lapisan rakyat terutama kepada golongan muda, merupakan aset besar kepada parti, terutama proses parti ke arah transformasi.

Dua calon majlis tertinggi tersebut yang mempunyai urutan #32 bagi Rahman dan #08 bagi Tawfiq adalah calon yang perlu membarisi lapisan ketiga parti, kerana mereka adalah salah satu aset parti bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang.

Kemenangan mereka, adalah untuk memperkuat Umno Sabah sebagai tunjang kerajaan Sabah dan untuk memastikan bahawa BN Sabah senantiasa sebagai simpanan tetap BN.

Sabah yang hanya mempunyai 26 Bahagian termasuk Labuan, tidak akan mampu memenangkan dua pemimpin muda ini, jika tidak mendapat sokongan 165 bahagian parti yang ada di Semenanjung.

Justeru itu, bagi perwkailan Umno seluruh negara, berilah peluang kepada dua pemimpin muda ini, kerana mereka diyakni mampu membantu pucuk pimpinan mengorak langkah parti agar kekal dan releven sepanjang masa.

No comments:

Blog Archive