Sunday, September 01, 2013

VKLiew "Overhaul" LDP

VKLiew (Kiri) dan Teo Chee Kang (kanan)
ADALAH tepat bagi seorang Parti Presiden untuk "mengoverhaul" parti yang tiba-tiba SAKIT, kerana perbuatan khianat sebahagian pemimpinnya.

Parti Liberal Demokratik (LDP) sebuah Parti komponen Bn Sabah, merupakan parti tertua komponen Bn Sabah yang diterajui Umno.

Walaupun tahun 2010 berlaku sedikit krisis dalam parti, ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Senator Datuk Chin Su Phin yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman, sehingga Naib Presiden itu- Datuk Peter Pang En Yin di mana pada masa itu menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah, terpaksa keluar daripada parti sebagai reaksi terhadap kenyataan Chin itu.

Menjelang PRU-13 lalu, memang keadaan dalaman parti sungguh tenang, walaupun ada kasak-kasak kusuk, akan berlakunya tikam belakang daripada pemimpin parti yang dekat Presiden. Pemimpin seperti Albert Kok, seorang pegawai Presiden semasa menjawat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mememperlihatkan gerakan gergaji dua mata, demikian juga sebahagian yang dipecat semalam mempunyai tendansi ke arah itu.

Menurut pemerhatian penulis, sokongan para pemimpin yang dipecat Presiden semalam (Sabtu), mempunyai agenda tersendiri sebagai pemimpin parti. Mereka lebih cenderung kepada "handout" yang bakal diperolehi.

VK Liew selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada PRU 5 Mei lalu, sekaligus kehilangan jawatan, maka "handout" daripada beliau bakal tidak ada lagi. Atas sebab itu, mereka melihat kepada Setiausaha Agung-Datuk Teo Chee Kang yang menjadi Menteri Tugas-Tugas khas dalam kabinet Sabah.

Krisis dalaman Parti LDP, bukan sahaja mengejutkan kalangan ahli politik, tetapi juga mengejutkan Presiden Parti itu; kerana menurut beliau pada 12 ogos, semasa beliau pergi bercuti, malah sebahagian besar daripada mereka, menghantarnya di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat bercuti. Namun, dalam tempoh 10 hari percutian beliau, telah berlaku sesuatu yang luar biasa dalam parti, sehingga setiausaha agung parti itu, bersedia bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pertengahan oktober ini.

Tindakan setiausaha agung parti itu, menurut VKliew bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan pada 9 Jun tahun ini, yang telah memutuskan bahawa dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Berikutan tindakan setiausaha agung parti yang gagal menjalankan atau menerimapakai keputusan MT, maka awal minggu lepas, Beliau dilucutkan daripada jawatan setiausaha agung. Sehari selepas itu, satu kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Chin Su Phin bertempat di restoran Wong Kok memutuskan untuk menyokong Tindakan Teo bertanding jawatan, dan seterusnya mendesak agar ada mesyuarat luarbiasa MT yang dijadualkan pada 6 September bagi membicarakan krisis dalaman parti. 

Sudah dapat diduga pada mesyuarat itu nanti, salah satu agenda kumpulan itu, adalah mengusulkan Undi Tidak Percaya kepada Presiden.

Berikutan tindakan kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden parti itu, maka semalam di Pejabat Kawasan Parti di Batu 1.5, Jalan Labuk, Sandakan, satu mesyuarat Majlis Presiden telah diadakan. Berikutan mesyuarat itu, maka mesyuarat bersetuju agar Presiden Parti mempergunakan Article X dan clause (ix) Section 15 Article VI perlembagaan parti, di mana Majlis Presiden mempunyai kuasa memecat/mengganti barisan pemimpin yang bertindak bertentangan dengan perlembangan parti.

Pada Sabtu, Presiden telah menamatkan perlantikan Timbalan Setiausaha Agung-Ho Jia Lit, Bendahari Agung-Fong Keng Sin, Timbalan Bendahari Agung-Albert Ngan, Ketua Publisiti- Albert Kok dan Setiausaha Pengajur-Yong Wui Chung.

Dalam pekembangan yang sama, Majlis Presiden telah menggantung jawatan Datuk Chin sebagai Timbalan Presiden, sehingga menunggu tindakan Ahli Jawatan Kuasa Disiplin parti.

Kini, selepas "overhaul' untuk menyingkirkan pemimpin parti yang mempunyai agenda tersendiri, mudah-mudahan parti itu akan kembali kuat, agar dapat membantu kekuatan Bn Sabah secara umumnya.

Perlu diingat, kekuatan sesebuah parti, adalah melalui kestabilan parti itu. Parti yang kuat apabila mempunyai pemimpin yang tidak beragenda untuk kepentingan diri sendiri. Semoga VKLiew dapat menstabilkan Parti LDP semula.

No comments:

Blog Archive