Latest News

Proses Pemilihan Umno Bermula Hari Ini

BERMULA hari ini, mata akan TERTUMPU  kepada LNAGKAH setiap ANGGOTA Umno. yang meniti TANGGA pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri mahupun Menara Datuk Onn, untuk memeriksa atau mencuba sama ada BAJU YANG DITEMPAH menepati UKURAN badan atau SEBALIKNYA.

SEGALA-GALANYA bermula HARI INI, PERSAINGAN  untuk MENGISI jawatan dalam Umno apabila BORANG pendaftaran CALON diedarkan.

Bagi mereka yang bertanding di peringkat jawatankuasa bahagian dan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Putri Bahagian, mereka boleh mendapatkan BORANG pencalonan daripada Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri, manakala semua jawatan dalam Majlis Tertinggi. Exco Wanita dan pemuda serta Putri perlu mendapatkan borang di Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Semua CALON perlu mengembalikan BORANG pencalonan mereka pada 21 September sebelum pukul 5 petang.

Tidak seperti Pemilihan LALU, kini, sukar diketahui awal nama-nama calon yang bakal bertanding, kecuali mereka yang TELAH mengistiharkan kesanggupan MEREKA lebih awal.

0 Response to "Proses Pemilihan Umno Bermula Hari Ini"

Blog Archive