Latest News

Pemilihan Umno: Peluang Pemimpin Asal Sabah

JULUNG-JULUNG kalinya, bagi Datuk Tawfik Datuk Abu Bakar Titingan, Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Sairin Karno menawarkan diri bertanding bagi merebut kedudukan di Barisan Kempimpinan Umno Pusat.

Pada pemilihan kali ini, seramai lima pemimpin Umno Negeri menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi, termasuk Datuk Rosnah Rashid Sharlin (mantan Ketua Puteri kebangsaan) dan Datuk Bung Moktar Radin yang mempertahankan jawatan.

Selain itu, penyandang jawatan Naib Presiden- Datuk Shafie Apdal mempertahankan jawatannya. Dua pemimpin asal Sabah juga bertanding di Peringkat Pemuda dan Wanita, masing-masing- Jamawi Jaffar bagi Naib ketua Pemuda, dan Datuk Azizah Mohd Dun kedudukan Naib Ketua Wanita.

Pada pemilihan tahun 2009, lima calon daripada Sabah antaranya Pengerusi Perhubungan Umno Negeri-Datuk Seri Musa Haji Aman, terpilih kesemuanya, dan Musa sendiri mendapat undi kedua tertinggi dalam barisan Ahli Majlis Tertinggi.
Tawfik bersama PM

Pada pemilihan kali ini, Musa memberi laluan kepada pemimpin muda untuk menawarakan diri untuk dipilih bagi mengisi barisan kempimpinan parti di peringkat pusat; dan beliau tidak bertanding sebarang jawatan.

Pada pemilihan kali ini, apa kah prestasi calon-calon daripada Sabah, mengulangi keputusan tahun 2009? sesungguhnya, melalui sistem pemilihan parti yang baru, peluang semua calon-calon adalah sama rata, namun ianya juga bergantung sangat kepada sokongan bahagian-bahagian.

Sistem pemilihan baru parti yang menggunakan Electoral Collage, di mana maksimum undi yang diperolehi calon-calon adalah 191, sesuai dengan jumlah bahagian parti di seluruh negara.

Sistem ini, tidak jauh beberza dengan sistem kuota seperti mana yang diamalkan parti sebelum ini, cuma pendekatannya berbeza.

Kemenangan seseorang calon, sangat bergantung kepada berapa bahagian yang berpihak kepada calon-calon itu. 

Oleh kerana masa berkempen hanya sebulan, kekangan kepada calon-calon untuk menjelajah seluruh bahagian adalah amat terhad, untuk itu, jalinan antara calon-calon itu di semua peringkat amat diperlukan, bagi tolok ukur kemenangan mereka.

AYT percaya, mereka yang menawarkan diri bertanding, khususnya daripada Sabah, telah melakukan kerja rumah sebelum ini, sebelum berani menawarkan diri.

Datuk Rahman Dahalan misalnya, telah mengorak langkah itu, sejak menduduki Jawatan Setiausaha Pemuda Umno Malaysia; malah semenjak dilantik sebagai Menteri kabinet, beliau memperkukuh lagi jalinannya.

Manakala untuk Bung dan Rosnah, juga tidak ketinggalan dengan jalinan antara bahagian di seluruh negara, kerana mereka sudah terdedah kepada perwakilan sebelum ini.

Namun, bagi Datuk Tawfik dan Datuk Sairin, inilah kali pertama mereka, menawarkan diri bertanding. Mungkin mereka juga sudah membuat kerja rumah lebih awal daripada ini, demi mencerahkan peluang mereka dipilih di barisan MT.

Bagi kedudukan Naib, kelihatannya, Shafie masih mampu dapat mempertahankan jawatannya, dan menurut presepsi semasa, beliau terpaksa bertarung antara Hishmauddin, Ali Rustam; kerana dua kedudukan naib akan diisi oleh Mukhriz dan Zahid. Namun, perwakilan akan melihat bahawa Umno Sabah merupakan simpanan tetap BN, itulah yang memastikan Safie dapat mempertahankan kedudukannya.

0 Response to "Pemilihan Umno: Peluang Pemimpin Asal Sabah"

Blog Archive