Wednesday, September 25, 2013

Pemilihan Umno: Peluang Calon Baru Daripada Sabah

BAGI pertandingan Majlis Tertinggi, daripada 64 calon yang mengshahkan bertanding, tiga calon baru adalah daripada Sabah. Mereka itu adalah Datuk Rahman Dahalan- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan; Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan- Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Datuk Sairin Karno- pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Bagi Datuk Rahman, memimpin di Peringkat Pusat bukan pertama kalinya, kerana sebelum ini beliau adalah Setiausaha Pemuda Umno Pusat, selain sepenggal sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Penyokong Parlimen Kerajaan yang begitu aktif.

Datuk Tawfiq pula adalah julung-julung kalinya beliau menyertai pertandingan merebut kedudukan bagi barisan kepimpinan Umno Pusat, demikian juga Datuk Sairin.

Antara tiga baru daripada Sabah itu, Tawfik dan Sairin adalah Ketua Bahagian Umno, manakala Rahman adalah Timbalan Ketua Bahagian yang baharu dipilih.

Kalau dilihat daripada kaca mata Umno Sabah, tiga calon itu mempunyai kekuatan sendiri; namun kalau dilihat secara keseluruhan ahli parti, nampaknya Rahman mempunyai kelebihan.

Sebagai Menteri kerajaan Pusat, Rahman boleh menjelajah pelosok negara; namun bagi Tawfiq dan Sairin pergerakaan mereka agak terhad.

Namun demikian, kemenangan dalam pemilihan parti pada oktober ini, bukan dicerminkan dengan bebasnya seseorang calon bergerak, kerana sebelum ini telah dibuktikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said; di mana Speaker Dewan undangan negeri menang dua penggal sebagai AMT parti, walaupun hanya berjawatan Menteri di Peringkat Negeri Sabah.

Memandangkan Umno Sabah adalah Simpanan Tetap BN, maka kelebihan akan diperolehi oleh calon-calon daripada Sabah, seperti mana belaku pada pemilihan tahun 2009. Pada Pemilihan tahun itu, empat calon MT daripada Sabah berjaya mendapat tempat di barisan 25 AMT yang dipilih.

Pada pemilihan kali ini, hanya seorang penyandang AMT bertanding semula, iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan- Datuk Bung Moktar Radin; manakala Datuk Musa Haji Aman yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan parti tahun 2009, tidak bertanding. Sementara Datuk Lajim Ukin telah keluar daripada parti.

Biasanya melihat kepada rekod lampau, calon-calon daripada Sabah, akan dipilih oleh perwkailan parti, kecuali Datuk Osu Sukam kalah dalam perebutan kerusi Naib Presiden.

Pada pemilihan parti kali ini, AYT merasakan bahawa calon-calon daripada Sabah untuk kerusi AMT akan diberi pertimbangan dan diberi penghargaan oleh perwakilan parti seluruh negara; sesuai dengan komitmen ahli parti daripada Sabah, memberi sokongan padu kepada parti dan BN pada PRU yang lepas-lepas.

Selain itu, calon-calon daripada Sabah itu adalah kumpulan pelapis yang perlu didedahkan kepimpinan mereka setidak-tidaknya dalam parti di peringkat pusat.

No comments:

Blog Archive