Friday, September 20, 2013

Pemilihan Umno: Keputusan Musa Tepat

Keputusan Musa Tidak Bertanding Naib dan AMT merupakan satu manifestasi sikap beliau yang tidak mengejar jawatan semata-mata sebaliknya mahu bekerja lebih keras bagi membela nasib rakyat Sabah dalam pelbagai bidang baik aspek ekonomi, sosial mahupun pendidikan.

Rakyat umum menyedari bahawa perjuangan membangun negeri, meskipun telah berjaya mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan, namun masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Perjuangan itu masih panjang serta memerlukan komitmen tinggi.

Keputusan beliau, tidak bertanding bagi merebut jawatan di Umno Pusat pada Pemilihan parti 19 Oktober ini, perlu diterima dengan hati terbuka dan ianya merupakan satu keputusan terbaik demi Umno di Sabah dan Rakyat Sabah.

Selain itu, keputusan Musa itu, mampu mengelak daripada timbul masalah perpecahaan dalam Umno Sabah memandangkan seorang lagi pemimpin dari negeri itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bertanding bagi mempertahankan jawatan.

Musa dengan kedudukan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan Ketua Bahagian Umno Libaran boleh menumpukan kepada pengukuhan Umno di Sabah terutama berdepan PRU-14 akan datang.

Pada dasarnya, ramai pihak merasa terkejut dengan pengumuman Musa tidak bertanding jawatan bagi merebut sebarang jawatan di Umno Pusat, kerana ramai akar umbi parti terutama di Sabah amat berkeyakinan bahawa Ketua Menteri itu telah layak untuk bertanding bagi merebut salah satu jawatan berkenaan berasaskan kepada prestasi atau pencapaian negeri Sabah dan Umno di Sabah terutama berdepan dengan tiga PRU yang lalu.

Keupayaan Musa menerajui BN Sabah dalam tiga PRU sehingga Sabah mendapat julukan SIMPANAN TETAP BN, merupakan satu pencapaian yang melayakkan beliau menduduki kerusi Naib Presiden Parti.

Namun beliau melihat, bahawa penumpuan kepada Pentadbiraan negeri, dan memberi peluang kepada pemimpin yang lebih muda bertanding dan menjadi barisan depan Umno Pusat.

No comments:

Blog Archive