Friday, September 27, 2013

Pemilihan AMT Umno: Datuk Tawfiq Mahu Terus Menyumbang Kepada Parti

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebenarnya pemimpin produk Umno Sabah; kerana sebaik sahaja parti tunjang barisan nasional itu mengembangkan sayapnya di negeri di bawah bayu pada tahun 1991, beliau menyertai Umno dan aktif bermula daripada pergerakaan pemuda.

Sebagai permulaan karier politiknya, Tawifiq menjadi Naib Ketua Pergerakaan Pemuda Bahagian Tawau pada tahun 1995, dan Naik Pangkat sebagai Ketua Pemuda pada tahun 1998. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pemuda pada tahun 2000, semasa Datuk Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda Malaysia.

Karier politik beliau terus menanjak naik, apabila dipilih sebagai Ketua Bahagian Tawau pada tahun 2004 tanpa tanding, dan sehingga kini, belau mememangi jawatan itu juga tanpa tanding. Pada pendaftan calon-calon bagi pemilihan parti tahun ini pada 21 September lalu, sekali lagi, Tawfiq dinobatkan sebagai Ketua Bahagian, apabila beliau menang tanpa tanding.

Kestiaannya beliau kepada parti, maka pada tahun 2004, dipilih sebagai Calon BN bagi DUN Apas, ternyata pada pilihanraya itu, tiada calon lain daripada mana-mana parti menentang beliau, ekoran itu beliau menang tanpa tanding. 

Selepas PRU-2004; beliau dilantik sebagai Pembantun Menteri Luar Bandar Negeri Sabah. Pada PRU-2008, beliau sekali lagi menjadi calon bagi DUN Apas, beliau berjaya mempertahankan kawasan itu bagi pihak barisan nasional. Ekoran kemengan beliau itu, sekali lagi beliau diberi kepercayaan sebagai Pembantu Menteri pada jemaah Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dan pada masa itu, beliau dilantik sebagai Pembantu Menteri kewangan Negeri.

Pada PRU-13 mei lalu, beliau sekali lagi dipilih sebagai calon BN, dan berjaya sekali lagi mempertahankan DUN APAS. Pada kali ini, beliau dinaikkan pangkat kepada Menteri penuh Kabinet Negeri Sabah sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri.

Pada pilihan Umno kali ini, atas sebab mahu terus menyumbang kepada Parti, maka beliau menawarkan diri bertanding bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi. Beliau adalah antara 63 (64?) calon-calon yang mahu merebut 25 kerusi AMT, termasuk empat yang lain daripada Sabah.

Tawifiq yang berumur 51 tahun dan berkelulusan berlatar belakangkan agama di peringkat sekolah menengah dan kejuruteraan di peringkat univerisiti; merupakan seorang pemimpin yang mudah didekati, mesra rakyat dan seseorang yang suka merendah diri dalam penampilannya namun tegas, konsisten dan peduli dalam bertindak.

Hakekatnya, dalam berdepan dengan suasana politik masa kini dan masa depan, pemimpin seperti beliau merupakan aset kepada parti. 

Memang, seperti mana ulasan AYT pada tulisan sebelum ini, kekangan calon seperti Tawiq adalah jalinan antara bahagian-bahagian parti seluruh negara. Kerana calon-calon yang bakal terpilih pada pemilihan parti kali ini adalah mereka mempunyai jalinan dengan seluruh bahagaian parti.

Namun, sebagai mantan Ketua Pemuda Umno Sabah, beliau mempunyai rakan-rakan seangkatan, malah ramai di antara mereka itu masih aktif dan ramai juga menerajui bahagian-bahagian di seluruh negara.

Tawfiq juga berharap sokongan Umno Sabah mempunyai advantage kepada beliau, kerana sebelum beliau memutuskan menawarkan diri bertanding, beliau berbincangkan dengan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-Datuk Seri Musa. 

Atas sebab keinginan beliau untuk memberi sumbangan kepada Umno di peringkat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama tidak akan melupakan tanggung-jawab kepada akar-umbi yang memberi amanah dan kepercayaan kepada beliau, atas faktor itulah beliau menawarkan diri di barisan hadapan parti.

No comments:

Blog Archive