Latest News

Naib Presiden Umno: Safie Yakin Betul Boleh Menang!!!!

“Saya tidak kisah sangat nombor ini, satu ke, dua ke, tiga ke, asalkan ‘sangkut’ sahaja,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini di Seremban semalam seperti mana laporan Bernama.

Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa seolah-olah dia sudah ‘confirm’ menang. Shafie mempertahankan jawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam pemilihan tahun 2009, Shafie meraih 1,445 undi ( tempat ketiga) bersama dua lagi naib presiden ,Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memperoleh 1,592 undi dan Hishammuddin Tun Hussein yang mendapat 1,515 undi.

Maksud tersirat Shafie bahwa beliau  tak kisah menang nombor berapa, kerana sejarah Umno menunjukkan bahawa Naib Presiden Umno yang ketiga selalu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada tahun 1975, Tun Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) lebih popular dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tetapi Dr Mahathir yang jadi Naib Presiden ketiga yang dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn.

Popular

Pada tahun 1978, Ku Li dan Ghafar lebih popular dari Tan Sri Musa Hitam. Tetapi Musa yang jadi Naib Presiden ketiga yang akhirnya dipilih Timbalan Presiden Umno oleh perwakilan 1981. Musa mengalahkan Ku Li dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno yang akhirnya Musa dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu jika Shafie menang dan dapat tempat ketiga, mungkin beliau yang jadi Timbalan Perdana Menteri yang baru jika berlaku apa-apa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa salahnya orang Sabah jadi Timbalan Perdana Menteri kerana Sabahlah yang memenangkan BN. Kalau Tunku Abdul Rahman tidak bawa Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada tahun 1963 dahulu, sudah lama Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ahli-ahli Umno di Semenanjung patut berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang masih mengundi BN dan menghancurkan harapan Pakatan Rakyat.

Sehingga ini lima calon sudah buat keputusan untuk bertanding jawatan tersebut. Selain dari tiga orang penyandang, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam turut bertanding.

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir belum lagi buat pengumuman untuk bertanding.

Yakin

Shafie yakin Musa Aman tidak akan bertanding jawatan itu. Sebab itu beliau yakin menang dan tak kisah dapat nombor berapa.

Kecuali Musa jadi bertanding, maka peluang untuk Shafie menang agak terjejas. Apabila hanya seorang calon dari Sabah yang bertanding, Shafie yakin menang kerana 150,000 orang perwakilan akan memberi satu kerusi Naib Presiden kepada calon dari Sabah.

Tetapi dengan kemasukan Ali, peluang Shafie masih samar-samar. Walaupun Ali tiada jawatan dalam kerajaan tetapi akar umbi beliau amat kuat. Beliau dijangka mengikut jejak langkah Ghafar Baba yang tidak ada jawatan dalam kerajaan tetapi tetap menang Naib Presiden Umno pada tahun 1978,1981 dan 1984.

Malah Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menang jawatan Naib Presiden Umno walaupun tidak ada jawatan dalam kerajaan pada tahun 1990. Apabila Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai Menteri Luar pada tahun 1991, Dr Mahathir kata beliau terpaksa membawa semula Pak lah ke dalam kabinet kerana ahli Umno yang mahu ( kerana menang Naib Presiden) sedangkan beliau telah memecat Pak Lah pada tahun 1987.

Oleh itu kekuatan Ali tidak boleh diperkecilkan. Jika Ali menang, ini bermakna dua orang lagi Naib Presiden yang bakal menang ialah Zahid dan Hishamuddin. Maka tercicirlah Shafie.

Tetapi jika perwakilan simpati kepada wakil Sabah, Shafie akan menang bersama Ali, Maka siapa yang akan tercicir di antara Zahid dengan Hishamuddin? Sudah pasti Hishamuddin yang kalah. Tapi sejauh mana pula peranan Najib untuk membantu sepupunya itu menang? Adakah Najib akan panggil perwakilan sekali lagi seperti tahun 2009?

Perwakilan 2009 tentu masih ingat mereka dipanggil pihak atasan supaya memenangkan Zahid-Hishamuddin-Shafie. Adakah kali ini pihak atasan akan memanaggil lagi para perwakilan? Apa makna transformasi dalam Umno, jika 150,000 perwakilan tidak diberi kebebasan mengundi Naib Presiden mereka sendiri? Tulisan Asal Disini

0 Response to "Naib Presiden Umno: Safie Yakin Betul Boleh Menang!!!!"

Blog Archive