Latest News

Harga Minyak Naik..Harga Barang lain Turut Naik

HUJAH bahawa harga minyak dalam negara salah satu yang terendah dalam negara ASEAN, satu alasan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat.

Dalam benak rakyat, adalah- apabila harga minyak naik, maka harga barang lain juga ikut naik. Kenaikan harga minyak telah menjadi phobia kepada rakyat, apabila pada tahun 2006, harga bahan bakar itu mendadak dinaikan, dengan alasan untuk menyelematkan subsidi yang ditanggung oleh negara.

Akibat kenaikan harga barangan yang tidak terkawal lagi, maka kerajaan terpaksa kembali kepada pemberian subsidi, namun harga barangan yang sudah terlanjur dinaikan, tidak kembali lagi kepada harga asal. Demikianlah selanjutnya sehingga kini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga bahan itu, bukan tinggi, tetapi hanya dinaikan sebanyak 20 sen atau 10.53% RON95 dan diesel, subsidi RM0.63 seliter manakala diesel RM0.80 seliter, apakah boleh diterjemahkan bahawa subsidi menurun dengan peratusan yang sama? daripada RM24.8 bilion kepada (jumlah subsidi berkurang RM2.611 bilion).

Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin, penjimatan tanggungan subsidi itu, sebaliknya akan diagihkan langsung kepada rakyat melalui BRIM. 

Manifesto Barisan Nasional pada PRU-13 lalu, ada menyatakan bahawa jumlah BRIM untuk tahun 2014 ada RM1,200 bagi seisi rumah tangga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000; manakala bagi yang bujang akan mendapat RM600.

Apakah melalui pengurangan subsidi minyak (gas belum lagi), maka jumlah BR1M akan bertambah sekali ganda? masing-masing daripada RM1,200 kepada RM1,800? dan RM600 kepada RM900?

Di negara ini, kenaikan harga minyak sangat elastis terhadap kenaikan harga barang lain; malah barangan yang tidak berhubung langsung dengan minyakpun akan turut naik dengan koefisien yang lebih tinggi.

Contoh pengaruh kenaikan minyak, pada harga kopi O;, semalam , secangkir masih berharga RM1.20, menjelang tengah malam telah bertukar harga kepada RM1.50, kenaikan 25 peratus.

Harga kuih penjajah jalanan di Bukit Padang, pada pagi hari semalam, masih dijual dengan 3 biji untuk RM1.00, namun pagi ini telah naik kepada 5 biji untuk RM2.00, kenaikan 20 peratus.

Harga “print” hitam putih termasuk kertas size A4, sebelum pengumuman kenaikan harga minyak, masih berharga RM.30 sekeping, namun pagi ini telah naik kepada RM0.50 sekeping, kenaikan 66.67 peratus.

Catatan-catanan di atas menunjukkan kepada kita bahawa rakyat negara ini begitu sensitif sekali dengan kenaikan harga minyak, seolah –olah pergerakan harga minyak yang menaik menjadi phobia kepada mereka.

Gesaan Perdana Menteri agar para pedagang atau pemberi perkhidmatan supaya jangan memberi reaksi seiringan dengan kenaikan harga minyak; bukan menjadi pertimbangan, akan tetapi menjadi katalis serta mendorong kenaikan harga barangan.

0 Response to "Harga Minyak Naik..Harga Barang lain Turut Naik"

Blog Archive