Latest News

Chin Peng Meninggal Pagi Tadi

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.

Chen Peng adalah Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, dan menjadi pemberontak dalam negara sejak tahun 1948.

Akibat tindakan PKM, ramai tentara negara ini terkorban, termasuk rakyat biasa yang tidak berdosa. Pada tahun 1990-an, PKM telah meletakan senjata dan ahli-ahlinya kembali ke pangkuan masyarakat, namun- Chen Peng tetap menjadi buangan di Thailand.


0 Response to "Chin Peng Meninggal Pagi Tadi"

Blog Archive