Thursday, September 05, 2013

Akibat Kenaikan Harga Minyak Tahun 2006: PRU-12 BN Hampir Kecundang

HAKEKAT perlu diterima, bahawa hampir kalahnya BN pada PRU-12 (Tahun 2008), kerana faktor kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga yang mendadak tahun 2006. 

Pada tahun 2006, kerajaan dengan pantas menaikan harga kepada RM2.70 seliter, kenaikan RM1.38 atau 104.55 peratus daripada RM1.32 seliter.

Akibat kenaikan harga minyak itu untuk beberapa waktu, maka harga barangan termasuk makanan pokok rakyat mendadak naik tanpa kawalan, sehingga berlaku seperti Free For All.

Melihat kegelisaaan rakyat, kerana harga barangan yang mahal, maka kerajaan mengambil keputusan menurunkan semula harga minyak, keparas RM1.70 bagi RON 95, manakala RON97 diapungkan sesuai dengan harga pasaran dunia.

Kata orang kerosakan telah berlaku, walaupun harga minyak diturunkan semula, barangan yang telanjur naik, tidak pernah lagi kembali ke harga asal.

Apabila kerajaan meminta mandat  rakyat pada tahun 2008, kurang setahun daripada mandat yang diberikan pada tahun 2004, di mana BN bukan sahaja menang, malah mendapat kerusi lebih 2/3 kerusi Dewan Rakyat; rakyat berbicara; keputusannya adalah Tsunami politik kepada BN.

Daripada segi politik, ramai yang menganggap bahawa kemenangan BN yang begitu hebat pada PRU-2004, kerana ketokohan Datuk Seri Abdullah Badawai yang mengambil jawatan Perdana Menteri pada Oktober tahun 2003, daripada Perdana Menteri keempat negara, yang juga Perdana Menteri terlama negara-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Memang benar berlaku tunjuk perasaan daripada BERSIH dan Hindraff pada bulan November tahun 2007, yang menyudutkan pemerintahan Abdullah Badawi; namun perkara sebenarnya yang berlaku di peringkat akar umbi adalah kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barangan dimana sekaligus meningkatkan sara hidup rakyat.

Perasaan marah rakyat akibat kenaikan harga barangan kerana kenaikan harga minyak tahun 2006, merupakan punca sebenar, mengapa rakyat hampir menolak kerajaan Bn pada PRU-2008.

Tsumani politik yang berlaku pada BN tahun 2008, di mana parti yang memerintah negara itu sejak merdeka bukan sahaja kehilangan 5 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan dan gagal berbuat apa-apa di Kelantan akan tetapi juga kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, sepertimana PRU tahun 1969.

Sensitifnya harga minyak kepada rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim mempergunakan isu itu bagi mendapat sokongan. Kata Anwar, sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, maka esok harinya semua harga minyak akan diturunkan, walaupun angka penurunan itu tidak pernah dijelaskan.

Visi pembangkang menurunkan harga minyak, sebaik sahaja memerintah negara, sedikit sebanyak mengikat rakyat yang telah marah kepada kerajaan BN pada tahun 2006 dan sokongan itu terus terbawa-bawa sehingga PRU-13.

Pada PRU-12, yakni tahun 2008, BN mendapat 140 kerusi berbanding DAP-PKR-PAS 82, manakala pada PRU-13 (Tahun 2013), BN mendapat 133 kerusi berkurang 7 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (gabungan tidak rasmi tiga parti pembangkang) mendapat 89 kerusi Dewan Rakyat.

Beruntunglah BN pada PRU-13, kerana Umno menambah 9 kerusi daripada 79 kepada 88. Penamabahan ini, bukan kerana mereka terlupa dengan kemarahan mereka terhadap kerajaan BN kerana kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak tahun 2006, namun mereka tiada pilihan, kerana majoriti kaum melayu belum bersedia menerima Anwar sebagai Perdana Menteri dan menobatkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan anak-anaknya sebagai pemimpin utama dalam negara.

Anwar Menumpang Tuah

Sebenarnya Anwar menupang tuah kepada tidakan-tindakan kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tanpa tindakan-tindakan kerajaan seperti pemecatannya pada 2 Sepetember 1998 daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tindakan kerajaan menaikan harga pada tahun 2006, selain kritikan yang terus menerus mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan Abdullah Badawi, semuanya itu mendorong rakyat terpengaruh menolak kerajaan BN, dan sudah tentunya suka atau tidak, mereka mengundi pembangkang.

Atas sebab itu, pada PRU-12, calon-calon daripada Pembangkang terutama daripada PKR, yang kebanyaknya calon bidan terjun, tanpa nama, apa lagi perjuangan, boleh menang, dan ironinya mampu mengalahkan calon-calon BN yang mempunyai nama dan jasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri melakukan tindakan tidak popular dengan mengumumkan kenaikan harga minyak sebesar lebih sepuluh peratus bagi RON95 dan Diesel. Walaupun kenaikan itu hanya 20 sen, dan kerajaan masih memberi subsidi 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen bagi diesel, namun hingga kini menjadi bualan rakyat, di seluruh negara.

Rakyat negara ini, sengat peka terhadap kenaikan harga minyak, melebihi segala-galanya; kerana hanya bahan bakar itu sahajalah yang secara langsung yang boleh mengurangkan sara hidup mereka.

Walaupun pihak kerajaan memberikan berbagai jawapan dan alasan berkaitan dengan kenaikan harga minyak itu, antaranya memberi penekanaan bahawa harga minyak dalam negara adalah kedua terendah di negara-negara ASEAN selepas Berunei, negara dapat mejimatkan RM3.3 bilion daripada subsidi minyak yang saban tahun negara menanggung RM24.7 bilion; tidak menjadi perhatian sebahagian besar rakyat.

Walaupun kerajaan berulangkali menyatakan, bahawa melalui pengurangan subsidi, maka BR1M akan dinaikan, entah berapa kenaikan itu, akan tetapi melalui manifesto BN pada PRU-13 lalu, BR1M akan dinaikan lebih sekali ganda, iaitu daripada RM500 kepada RM1200.

Kerajaan juga melalui beberapa pemimpinnya menyokong pengurangan subsidi bahan bakar, sambil menyatakan bahawa trend harga minyak di pasaran dunia sedang bergerak naik, kerana berbagai krisis di Timur Tengah, antaranya serangan menanti Amerika Syarikat terhadap Syria.

Namun, penjelasan-penjelasan daripada pihak kerajaan itu, nampaknya bagaikan mencurah air di daun keladi; malah ada rakyat yang mendahului keputusan Perdana Menteri, bahawa kononnya menjelang PRU-14, Najib akan menurunkan harga minyak sambil menyatakan ucapan popularnya KERANA MENDENGAR DEGUP JANTUNG RAKYAT DAN MEMBACA ISYARAT YANG DIBERIKAN, MAKA KERAJAAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENURUNKAN HARGA MINYAK, UNTUK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT.

No comments:

Blog Archive