Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Kedatangan bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu. Allah telah menyediakan tempoh sebulan kepada umat islam beribadah, memang sesuatu keistimewaan kepada umat itu.

Dalam bulan Ramadhan, umat islam dituntut mengejar pahala sebanyak-banyaknya, bukan sahaja sebagai bekalan di akhirat tetapi juga di dunia yang singkat.

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan yang penuh keberkatan, tetapi juga bulan yang memberi rahmat rezki kepada penganutnya.

Kewujudan bazar-bazar ramadhan bukan sahaja memberi rezki kepada mereka yang berjualan, tetapi juga sebagai ruang memperomosi berbagai juadah, khasnya juadah tradisonal.

Bazar ramadhan bukan sahaja dikunjungi oleh umat islam, akan tetapi juga umat-umat bukan islam termasuk juga pelancong asing.

Namun, ada juga keburukan bazar-bazar ini. Peniaga bukan lagi mengambil keberkataan bulan ramadhan itu sendiri, akan tetapi menjurus kepada perniagaan yang bermotif keuntungan semata-mata. Ada bazar yang mula beroperasi seawal pukul 11 pagi, bagi mendapatkan sebanyak-banyak pelanggan dan memaksimakan jualan. 

Peniaga tidak lagi mengutamakan kualiti makanan yang dijual, memandangkan makanan bermasak itu telah disediakan lebih awal daripada itu. Atas sebab itu, makanan basi tidak dapat dielakkan. Makanan basi yang dibeli oleh pelanggan, tidak menjadi soal bagi mereka yang mempunyai kelebihan, namun adalah malang bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Rungutan makanan basi adalah satu perkara, tetapi yang mengusik para pelanggan adalah penampilan para peniaga daripada segi berpakaian, cara penyediaan makanan yang terdedah merupakan faktor yang tidak menepati tujuan penyediaan bazar ramadhan itu sendiri. 

Peniaga sepatutnya mempunyai nawaitu yang jelas, bahawa berniaga dalam bulan ramadhan selain mencari limpahan rezki, tetapi jangan terabai tujuan asalnya iaitu mencari pahala.

No comments:

Blog Archive