Saturday, July 06, 2013

PRK Kuala Besut: Parti mana bakal menang?

MESKIPUN Dun Kuala Besut Terengganu adalah wilayah BN sejak tahun 2004, namun berasaskan keadaan politik kini, tidak semestinya kawasan tersebut selamat bagi BN.

Faktor politik semasa boleh mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut membuat pilihan di luar jangka, kerana taruhan mereka, apabila berlaku kedudukan seri di Dun Terengganu, ada kemungkinan berlaku pilihanraya negeri melalui pembubaran Dun.

Kedudukan kerusi yang seri, masih membolehkan BN meneruskan kerajaan dengan bantuan Speaker, namun kerajaan dilihat terlalu lemah untuk memerintah. Dalam kedudukan itu, bila-bila sahaja kerajaan akan jatuh, sekiranya berlaku pertukaran parti. Dalam politik, tiada jaminan, semuanya boleh berlaku.

Jika berlaku kedudukan seri, sebaiknya diadakan pilihanraya semula, bagi mendapat kerajaan yang kuat. Rakyat seluruh Terengganu dapat membuat pilihan dengan tidak terpengaruh dengan PRU-13, kerana keadaan sudah tidak sama.

Memenangkan calon BN pada DUN Kuala Besut, tidak mengubah kekuatan kerajaan yang memerintah, kerana kerajaan yang ditubuhkan hanya berasaskan kerajaan dengan majoriti mudah. Kerajaan yang kuat apabila parti yang memerintah sekurangnya mempunyai 20 kerusi atau 21. Kedudukan 17-15 seperti mana yang ada sekarang, bukan sahaja kerajaan Terengganu tidak mampu meluluskan sebarang undang-undang, malah sukar membuat apa-apa keputusan dalam soal-soal polisi baru.

Demikian juga memenangkan PR pada PRK Kuala Besut, tidak membawa makna kepada rakyat Terengganu, kerana keadaan akan semakin runcing dan kecoh.

Namun, ada juga kebaikannya, jika PRK itu dimenangi PR, maka ada kemungkinan pilihanraya negeri akan berlangsung. Sama-samalah tunggu keputusan rakyat Terengganu, khususnya kawasan Dun Kuala besut.

No comments:

Blog Archive