Monday, July 01, 2013

Jawatan PM: Anwar asyik menghayal: Jusuf Kalla

SEBENARNYA Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia sebaik sahaja Sukan Komonwel yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1998 berakhir.

Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir telahpun mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pesta sukan itu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri termasuk daripada Umno, kerana salah laku moral.

Selepas itu, Anwar menghuni penjara Sungai Buluh sehingga September tahun 2004. Pada Pilihanraya tahun 2008, Anwar tidak bertanding kerana belum genap 5 tahun waktu magang selepas dipenjara, namun beliau menang melalui PRK Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun yang sama, selepas isterinya mengosongkan kawasan parlimen itu, bagi membuka ruang kepada suaminya memasuki parlimen.

Selepas sahaja menang, Anwar mengwar-warkan Gerakan 16 September 2008, kononya 30 MP BN akan menyertai Pakatan Pembangkang, untuk menumbangkan kerajaan BN. Anwar melalui kenyataannya "We Have the numbers" membuatkan keadaan masa itu kelam kebut, kerana bukan faktor sahaja, malah desakan penentangan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri berpunca daripada Umno sendiri dengan dimulai oleh Tun Dr Mahathir, anaknya Mukriz Mahathir, kemudian Tan Sri Muhiyiddin, Datuk anifah Aman, Datuk Ghafur Salleh, selain keluarnya Parti SAPP komponen BN Sabah daripada BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Mengingat keadaan yang tidak menentu itu, maka Tun Abdullah terpaksa akur dengan mengumumkan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Anwar yang bercita-cita sangat sebagai Perdana Menteri, melalui berbagai pengikutnya yang diketuai isterinya menubuhkan Parti Keadilan, dan menyertai pilihanraya tahun 1999, 2004 dan 2008, namun parti itu belum mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, bagi membolehkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada PRU-13 lalu, di mana Anwar mengetuai gerak gempur parti-parti dalam Pakatan Rakyat, untuk menumbangkan kerajaan BN yang telah memerintah sejak merdeka, hanya menang 89 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Walaupun jumlah kerusi yang Pakatan Rakyat kurang 44 kerusi berbanding BN yang menang 133, namun Anwar "menghayal" bahawa partinya telah menang, kerana atas sebab mendapat undi popular (kelebihan 300,000 undi berbanding BN).

Anwar cuba memesongkan rakyat dengan penonjolan undi popular; sehingga melupakan sistem demokrasi negara yang berasaskan jumlah kerusi yang telah diamalkan sejak pilihanraya pertama negara ini.

Anwar macam kerasukan, mengajak penyokongnya untuk turun ke jalan yang bermula pada 8 Mei dan berkahir pada 22 jun lalu, bagi membantah keputusan PRU-13.

Namun pada keadaan yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain berpesta menerima keputusan PRU itu, kerana kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, Ketua Menteri/Menteri Besarnya telah mengangkat sumpah termasuk para exconya.

Anwar tidak dapat melihat itu, dan masih khayal, bahawa dia sebenarnya menang dan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun dengan jumlah kerusi 89.

Anwar lupa, bahawa BN mempunyai kelebihan 44 kerusi. BN membentuk kerajaan bukan berasas majoriti mudah, tetapi kerajaan majoriti.

Semua orang tahu, sebelum majlis angkat sumpah semua ahli parlimen pada 24 jun lalu, Anwar dan konco-konconya mengwar-warkan akan memboikot, majlis angkat sumpah, namun apabila sampai masanya, semua MP Pakatan Rakyat hadir mengangkat sumpah, malah Anwar dengan mood yang sungguh teruja, duduk bersama Perdana Menteri, bersarapan dan bergambar bersama-sama.

Mungkin selepas sebulan lebih berdemonstrasi, kemudian rakan-rakannya mengatakan bahawa dia "gila" membayangkan jawatan Perdana Menteri, maka naluri manusia, pada suatu masa akan tersedar jua dalam lamunan. Ini lah yang berlaku pada Anwar, akhirnya tersedar daripada mimpi.

No comments:

Blog Archive