Sunday, July 07, 2013

Atlet SUKAN Malaysia Dirogol-Suatu Yang Malang

LAPORAN BERNAMA, bahawa seorang  atlet wanita pasukan boling padang peserta Sukan Malaysia (Sukma) berumur 19 tahun telah dirogol oleh tiga atlet lelaki, di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia pada Rabu, sungguh mengejutkan.

Seharusnya kejadian ini tidak boleh berlaku, atas sebab, setiap pasukan mempunyai para pegawainya sendiri, selain para pegawai dan Ahli Jawatan Kuasa penganjur sukan itu.

Menteri Sukan negara, perlu mengambil kejadian ini  sebagai satu iktibar, agar tidak berulang lagi di masa depan. jika kejadian ini berlaku di negara lain seperti Jepun atau Korea, sudah pasti Menteri yang bertanggung terhadap sukan akan meletakkan jawatan.

Ibu bapa yang membenarkan anak kesayangan mereka mengikuti sukan itu, untuk mencungkil bakat demi kemajuan sukan negara, ternyata kini dikecewakan dengan kejadian seumpama ini.

Satu siasatan terperici perlu dilakukan, mengapa kah, atlet lelaki dengan mudah memasuki perkampungan atlet wanita? atau mengapa kah dengan mudah atlet wanita memasuki perkampungan atlet lelaki?

Berikutan dengan kejadian itu pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci; namun apa yang mereka boleh lakukan? kesucian seorang atlet wanita telah diragut, dan kemungkinan akan menghantuinya sepanjang hayatnya. Masa depannya dalam dunia sukan yang digemarinya, mungkin malap selama-lamanya.

Seserius manapun tindakan polis, yang pasti tidak akan mampu mengubati penderitaan atlet berkenaan termasuk ibu bapanya.

No comments:

Blog Archive