Tuesday, July 30, 2013

Apa kah KITA selamat?


Hussain Najadi Mati dibunuh di siang bolong di Kuala Lumpur
MASA ini, SABAN hari terpampang di depan mata kita di mana sahaja di negara kita ini, ada sahaja kematian disebabkan pembunuhan, samada menggunakan senjata tajam mahupun senjata api.

Menyebut si pulan dan sipulan, mati di tembak, si pulan dan sipulan cedera teruk akibat tembakan, si pulan dan sipulan dicolek dan di rogol , merupakan hidangan di dada-dada akhbar mahu media alternatif.

Peningkatan keganasan ini, serba sedikit ada kaitannya dengan pemansuhan ORDINAN DARURAT pada tahun 2011 dan PEMBEBASAN 2,017 TAIKO UNDERWORLD.

Menteri Dalam Negeri baru-baru ini ada menyatakan bahawa 90 peratus jenayah bahaya ini di sumbangkan oleh TAIKO UNDERWORLD itu, ironinya, undang-undang tidak boleh tergunapakai pada mereka, kerena mahkamah memerlukan bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Jenayah terancang seperti MAFIA ini, memang sukar dilumpuhkan, kerana jalinanannya yang begitu rapi, dan mereka yang menjadi anggotanya MATI SEKALIPUN TIDAK AKAN MEMBUKA MULUT APABILA BERJAYA DITANGKAP.

Jalinan komunikasi yang ada sekarang, membuatkan rangkaian penjenayah yang profesional mampu melakukan aktiviti mereka dengan mudah. Seperti contoh, penembakan pengasas Arab-Malaysian Bank Hussain Najadi di siang bolong semalam, menunjukkan pada kita bahawa penjenayah begitu nekad dan berani.

Keberanian penjenayah ini, sudah tentu akan mengumpul persepsi, bahawa pada masa depan tiada lagi sesiapa yang mahu membantu seseorang yang diancam bahaya, kerana akan tertanam di fikiran rakyat, bahawa penjenayah bersenjatakan pistol dan bila-bila masa akan meragut nyawa sesiapa saja.Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.

Kes-Kes Yang Direkodkan

Semalam, dua kes tembak dilaporkan – satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam – menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam kejadian semalam ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Kuala Lumpur pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur hari ini. 

Kejadian itu berlaku selepas aktivis anti-jenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. 

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan melibatkan orang awam lain, antaranya:

18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.

13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.

11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.

11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.

7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.

Berita Jenayah semalam

Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam.

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Mereka sedang duduk di situ apabila seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan beberapa das tembakan. Penembak itu melarikan diri dengan teksi bersama dua lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya terkena satu das di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

“Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan urusan perniagaan,” katanya. 

Katanya, mayat Hussain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

No comments:

Blog Archive